Ramadhan untuk Diri, Ramadhan untuk Oganisasi
“Ada seseorang berkata, pada bulan Ramadhan tidak perlu menambah amal. Yang penting Ramadhan ini bulan untuk membersihkan diri atau tazkiyyah diri,” kata isteri saya dalam perjalanan membeli beberapa perkara di supermarket.
“Kalau menambah bacaan al-Quran atau solat teraweh, tidak akan bertambahkah amal ? Tambah bacaan tidak membersihkan diri ? ” saya bertanya.
“Katanya, amal yang terbaik ialah apabila ia difahami dan mampu memberi kesan kepada diri.”
Saya setuju.
Antara kualiti dan kuantiti
Tidak dinafikan bahawa dalam Islam, amat penting kualiti dalam sesuatu amal. Jika amal banyak namun tidak berkualiti kerana tidak faham malah jauh dari ilmu yang benar, ia memang perlu dijauhkan. Namun kalau kuantiti amal bertambah, dan ditingkatkan kualiti amal , apa salahnya. Malah itulah yang diperlukan untuk memastikan hidup kita di bulan Ramadhan lebih berkat untuk mendekati status taqwa.
Bagaimana menambah amal ? Untuk diri dan organisasi
Kebiasaannya pada bulan ini, amalan diri akan ditingkatkan. Ia sesuai dengan sunnah Rasul. Namun adakah urusan dengan keluarga dan organisasi tempat kerja perlu ditinggalkan? Sesetengah orang mengambil jalan itu. Namun kalau kita merujuk kepada zaman sahabat, mereka masih berdagang. Perang Badar bukanlah berlaku kerana sahabat ingin berperang. Mereka sebenarnya dalam perjalanan dagang. Di tengah jalan, mereka disekat dan berlakulah perang tersebut.
Ini menunjukkan Ramadhan juga adalah bulan kerja seperti biasa. Ramadhan adalah bulan untuk menambah amal diri dan dalam masa yang sama untuk memperbaiki organisasi masing-masing. Kalau diri sudah dibaiki tetapi organisasi tidak dibaikkan, ia akan mewujudkan kekotoran dalam diri kerana sistem yang dibina tidak cukup bersih bagi menyediakan suasana kerja produktif dan ‘shariah compliance’ menuju taqwa. Ada syarikat yang meletakkan status ‘shariah compliance’ tetapi hubungan muamalah dengan ahli sekerja dan klien tidak mencerminkan konsep taqwa yang dikehendaki dalam Islam. Antara contohnya ialah sebuah bank yang menawarkan produk ‘shariah compliance’ tetapi dalam masa yang sama, si bos mengamalkan umpat mengumpat, menuduh dan maki hamun dalam pejabat. Ini perlu dibersihkan.
Potensi Diri dan Organisasi
Jika untuk diri, ada 4 aspek yang perlu dibersihkan:
- Fizikal
- Intelektual
- Emosi
- Spiritual
- Financial
- Operation
- Administration
- Marketing
- Human Resource

