10 minit sehari
Saya mencari formula bagaimana 10 minit sehari mampu untuk membina kesan berganda dalam mencapai misi.
Apakah yang perlu dibuat? Mendengar atau menonton video 10 minit yang bersifat OTaI – Organik – Tenang dan Ilmu.
10 minit video atau audio begini amat penting untuk memberi perspektif yang baik. Apabila setiap hari video minit ini dihadam, ia akan mengubah cara berfikir dan berperasaan. Ia akan membina sudut pandang berbeza 1 darjah. Namun jika melibatkan satu perjalanan 100km, 1 darjah itu akan memberi kesan yang berbeza. Compund effect.
Maka bermulalah dengan 10 minit mendapatkan proses yang tenang dan berilmu. Ia pasti akan memberi sinar besar pada apa-apa kejayaan yang ingin dicapai dalam kewangan / kesihatan, kemahiran, kebahagiaan atau kelestarian.
Anda ada impian tertangguh yang mahu diproses selepas ini ?