LEGASI

Pelbagai idea legasi

Selepas saya menulis buku MasterPIES, ada beberapa peserta program yang bertanya, apakah aplikasi ilmu ini dalam kehidupan ? Saya berfikir sejenak. Saya perlu menyusun jawapan sesuai dengan semangat individu tersebut untuk berjaya. Individu begini bukanlah yang penuh pessimis dan bermasalah. Mereka amat bersemangat dalam hidup, cuma inginkan sedikit pencerahan.

Saya akhirnya memberi beberapa idea membina legasi. Paling kurang beliau sedar bahawa jika memahami PIES, seseorang akan mampu bertindak kreatif dan hadir dengan pelbagai idea untuk membina legasi.

Legasi pelbagai yang besar

Secara ringkas, legasi fizikal berkaitan wang dan harta. Apabila ia dibina atas dasar spiritual, harta itu untuk didermakan agar menjadi sedekah jariah. Derma masjid, bina bisnes yang menghasilkan untung berjuta-juta agar anak yatim dan miskin dibantu, derma Quran, bina rumah untuk orang miskin, balai raya dan banyak lagi. Yang penting kena ada duit atau harta.

Kalau legasi intelek, gunakan kemahiran yang ada untuk dipindahkan kepada orang lain agar manfaat tersebar seluruh alam. Sebagai contoh, buat kajian, tulis buku, buat video, multimedia, web atau apa-apa sahaja projek berasaskan ilmu. Jika di tempat kerja, hasilkan SOP atau standad yang akan akan melonjakkan prestasi syarikat untuk lebih berjaya dan bersifat ihsan.

Kalau legasi emosi/ sosial, boleh bina sistem anak soleh. Sistem anak soleh amat luas, biarpun belum atau tidak ada anak – pendidikan, kewangan, perbankan,  kepimpinan, politik, ekonomi, sosial dan banyak lagi sistem di sekitar orang soleh.

Tidak mungkin capai yang besar tiba-tiba

Jika kita sedar, ada 3 sumber untuk mendatangkan pahala. Sumber fizikal, intelek dan emosi.

Untuk membina legasi fizikal, perlu banyak sumber. Sumber untuk membanyakkan duit dan harta. Agar kaya dan membina sedekah jariah yang besar. Ia perlukan himmah yang tinggi.

Untuk membina legasi intelek, perlu banyak sumber. Sumber untuk membanyakkan ilmu yang tersebar dan menebar manfaat. Ia perlukan himmah yang tinggi.

Untuk membina legasi emosi, perlu banyak sumber. Sumber untuk melebarkan jaringan dan mereka yang mendoakan kita. Agar mampu membina sistem soleh di sekitar setiap manusia. Ia perlukan himmah yang tinggi.

Himmah ini perlukan ilmu dan teknik. Ya Allah, berilah kami rahmat agar memperoleh ilmu yang membawa kami menuju kepada-Mu.

 

Artikel ini ialah catatan untuk program Kursus Membina Legasi. Info lanjut di http://www.facebook.com/events/224341264324677/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Kalau saya ada idea bernas?

ان لله وانا اليه راجعون Itulah jawapannya. Kalau saya ada idea bernas, saya perlu mulakan dengan inna lillah. Idea itu

Close