Meluaskan Semantik 'Connect'
Dalam kehidupan seharian, banyak perkara yang berkaitan dengan kemahiran ‘Connect’. Berhubung ini meliputi aspek fizikal, intelektual, emosi dan spiritual. Dalam sesuatu sistem, Connect amat penting antara satu komponen dengan komponen yang lain. Jika ini tidak berlaku dengan baik, ia akan mewujudkan huru-hara (chaos) dan ini yang banyak berlaku dalam kehidupan seharian.
Sebagai contoh, jika kita membandingkan perbezaan antara group dan team. Sebuah kumpulan (group) mempunyai ramai individu yang tidak semestinya seiring dalam hala tuju atau apa yang ingin dicapai. Berbanding dengan konsep pasukan (team) di mana ia saling bergabung antara satu sama lain dan menuju pada satu hala tuju yang sama.
Dalam sebuah keluarga, hubungan antara satu sama lain perlu berbentuk satu pasukan – dan dalam hadis Nabi dikaitkan seperti satu badan di kalangan umat Islam.
“ Perumpamaan seorang muslim dengan muslim yang lain adalah seperti sebuah binaan, ia saling menguatkan.”. Sabda Rasulullah s.a.w lagi yang diriwayatkan oleh Muslim : “Perumpamaan orang-orang mukmin pada kasih sayang, rahmat dan perasaan mereka adalah seperti sebuah jasad, apabila sebuah anggota mengadu kesakitan seluruh jasad akan turut berasa sakit.”. Sabda Rasulullah s.a.w juga : “sesiapa yang tidak mengambil berat urusan umat Islam maka dia bukan dari kalangan mereka.”.
Bagaimana psikologi ketika kepala pening? Si anggota tubuh lain tidak duduk diam dan tidak mampu untuk tidur dengan baik. Ini yang perlu dibina dalam menghidupi satu-satu pasukan.
Berikut ialah antara perkara yang berkaitan dengan ‘Connect’
- Komunikasi
- Berucap
- Berbual
- Bersalam
- Berbincang
- Menyapa
- Inisiatif (initiative)
- Bertanya (inquiry)
- Mempengaruhi (advocacy)
- Memberi kritikan membina (critique)
- Membuat keputusan (decision making)
- Menstabilkan emosi personal dan orang lain
- Solat
- Berzikir
Moga ini akan meluaskan lagi konsep kefahaman kita dalam konsep CASIC.
