Siri Asmaullahul Husna (SAAH)

"Sesungguhnya Allah mempunyai 99 nama, seratus kurang satu. Barangsiapa menghitungnya akan masuk syurga." (HR Bukhari: 2736)

Hadis tersebut  memang  banyak disebut namun apakah kefahaman sebenar tentang AAH ini? Mengapa ramai pelajar yang mengumandangkan AAH ini namun tidak mampu untuk menunjukkan ciri individu masuk syurga?

Menurut Prof Dr Umar Sulaiman al-Asyqar, banyak buku yang ditulis berasaskan tema ini – Asmaullahul Husna – tetapi ada antaranya tidak meletakkan sumber yang saheeh apatah lagi praktikal dalam kehidupan seharian. Insha-Allah dalam siri AAH ini, saya akan cuba menukil beberapa karya serta berkongsi ilmu bagi memastikan AAH ini mampu difahami dengan baik lantas menjadi pemudah dalam urusan kita mendapat syurga Ilahi.

Jika ada sebarang komnetar atau cadangan tambahan daripada netter sekelian, sila balas sebarang artikel yang akan diposkan nanti.

Read more

Ya Allah! Bantulah hamba-Mu melaksanakan dakwah

Ketika Rasul melaksanakan dakwah, adakah Rasul ditaja atau di-sponsor? Ketika embargo ekonomi, adakah individu Islam yang mewah hidupnya? Jika Rasul itu berdagang dan kaya sebelum menjadi Rasul, adakah ini persediaan untuk menjalankan dakwah? Ketika bersedia menghadapi Perang Khandaq, tiadakah sahabat yang boleh memberi makanan kepada Rasulullah sehingga perlu beliau mengikat batu di perut?

Read more

Perancangan Strategik dengan Asas Fiqh Dakwah

Apabila kita menguruskan sesama manusia, kita perlu mempunyai perancangan strategik agar dapat mencapai apa yang kita harapkan dalam kehidupan. Perancangan strategik ini perlu dibuat dan dikongsi bersama bagi memastikan wujud shared vision  dalam diri ahli pasukan. Apa yang pasti, perancangan itu perlulah diwujudkan atas asas yang bersumber daripada al-Quran dan as-Sunnah. Salah satunya ialah dengan memerhati marhalah dalam fiqh dakwah yang terekod dalam seerah.

Read more

Anda bukan beban dakwah?

Ramai individu yang berminat untuk menjadi pendakwah atau dalam istilah bahasa Arabnya "'da'i'". Sememangnya dakwah ini ialah kewajipan dalam al-Quran namun kalau ia tidak dilaksanakan dengan baik, ia akan menyebabkanindividu da'i hanyalah akan menjadi beban dalam kafilah dakwah. Bagaimana inie boleh berlaku? Kerana ia tidak memahami ilmu atau sains dalam dakwah. Sains dalam dakwah ini yang diistilahkan sebagai fiqh dakwah. Dengan memahami fiqh dakwah dan dilaksanakan dengan berkesan dan bersungguh-sungguh, ia pasti memberi impak yang besar. Tahukah anda fiqh dakwah dan kesannya?

Read more

Seriuskah anda pada jalan ini?

Apabila membicarakan fiqh ad-dakwah, ada empat marhalah yang perlu kita perhatikan: marhalah at-tableegh, at-takween, at-tanzheem atau at-takhteet dan at-tanfeez. Jika anda terlibat dengan apa yang diistilahkan dalam al-Quran sebagai dakwah, perlu ada minimum empat tahap yang dinyatakan di atas. Persoalannya, mengapa perlu 4 tahap ini? Apa natijahnya? Tidak bolehkah dakwah dengan sekadar menyampaikan kebenaran Islam kepada sesiapa yang kita jumpa?

 

Read more