Towards 2020

After a week in California, I manage to be in the mosque since I couldn't do so due to the transportation problem. Alhamdulillah. Now I am thinking about my Avanza, which had been letting go. I met Supriyanto, an Indonesian guy who has resided here for 8 years. He brings me back by his Ford Explorer. He said he bought the car for only $3K. I will grab that kind of car if I have the opportunity. Insya-Allah. At the same time, I need to plan. How's my 2020?

Read more

Bila jiwa ini terbang ke sana…

Apabila mendapat surat dari USC, saya rasa semacam terbang nampakkan bumi US sana. Sememangnya selepas satu fasa ujian di atas bumi ini, perlukan penghijrahan walaupun buat sementara waktu. Hijrah di dunia ini tidak kekal bahagia. Cuma ia akan mengubah bagaimana kita melihat dan berinteraksi dengan hidup. Hijrah bukanlah untuk mengelak diri tetapi untuk membetulkan langkah, menguatkan jati diri dan mampu pergi lebih jauh. Saya merasakan jiwa seakan terbang. Dan mungkinkah sahabat merasa terbang apabila mendengar negeri hijrah yang kekal – syurga? Apabila saya mendapat tahu surat USC sudah tiba, saya makin bersemangat untuk kerja di atas muka bumi Malaysia ini. Saya tidak ada option lain kecuali untuk membuat yang terbaik di atas muka bumi ini. Mungkin inilah yang mirip kerinduan untuk ke syurga atau bertemu Allah…

Read more

Menghadapi Saat-Saat Akhir

Apabila anda diberi masa 2 bulan untuk bersiap menuju satu alam baru, apakah yang akan anda lakukan? Apakah yang anda akan laksanakan? Perlukah kita ingat apa yang akan kita tinggalkan atau apa yang akan kita bawa nanti? Sesetengah menyatakan: lupakah alam sekarang, ingatlah alam yang akan datang. Tetapi benarkah kaedah itu ketika kita mengingati saat kematian? Kalau anda diberi masa 2 bulan dari sekarang untuk berhijrah ke satu tempat lain, apakah yang akan anda laksanakan?

Read more

Bukanlah Perancanganmu Itu Yang Terbaik

Dalam hidup kita seharian, SMS dari ALlah itu sering disampaikan bertubi-tubi untuk membersihkan diri kita daripada terlena dengan kehidupan yang banyak menipu. Ciri kehidupan yang menipu ialah kehidupan yang kurang tawakal kepada ALlah malah kita bertawakal kepada selain daripada-Nya. Tawakal ini mencorak cara kita melihat dan merancang kehidupan. Individu yang bertawakal kepada Allah adalah individu yang yakin bahawa perancangannya bukanlah yang terbaik.

Read more

Kita dan mereka tak sama…

Saya sempat membelek buku yang ditulis oleh Kandahlawi berkenaan dengan kisah sahabat. Kisah sahabat Nabi pastinya akan memberi kesan atau refleks kepada Nabi junjungan itu sendiri. Apabila dibacakan adegan kehidupan mereka, memang benarlah kata-kata Nabi bahawa amal kita ini amat kecil berbanding amal mereka ketika zaman Nabi. Ujian untuk mereka itu amat besar. Tidak hairanlah apabila ada di kalangan sahabat yang dianggap 'teruk' pada zaman kita namun Allah sudah sedia 'membersihkan' mereka lantaran ada di kalangannya menjadi ahli Badar. Bukan mudah untuk menjadi ahli Badar dalam kegawatan mempertahankan akidah.

Read more