TABIATUlul Albab

CASIC akan ditulis

Sejak 2009, saya mengkaji formula CASIC. Saya sudah menghasilkan workbook ringkas untuk CASIC di Los Angeles. Sudah masanya saya menulis dengan lengkap formula CASIC ini. Ia adalah tabiat untuk membina legasi. Ia dikaji dari Surah al-Fatihah.

Isi kandungan 

Dalam buku yang akan saya tulis nanti, saya membayangkan isi kandungan sekitar ini:

  1. Bahagian 1: Pengenalan
  2. Bahagian  2: Kenal Potensi – sinopsis ringkas dari MasterPIES
  3. Bahagian 3: 5+2 Tabiat Membina Legasi
  4. Bahagian 4: CASIC dalam Kehidupan

Saya meletakkan 5+2 tabiat kerana pada CASIC mewakili Connect, Acknowledge, Serve, Inquire dan Choice. Bagi Acknowledge, ia akan merujuk kepada 3 ayat: jadi ada penerangan tambahan bagaimana membina tabiat yang baik dari CASIC.

Ada beberapa perkara penting yang saya nampak penting dalam buku yang akan ditulis ini nanti:

  • Saya akan sertakan  model PIES-CASIC-Legasi
  • Saya akan jelaskan Tip of the Iceberg tabiat manusia – satu diskusi serius namun akan disampaikan dengan santai. Ia ada kaitan dengan kepercayaan, pandangan hidup dan nilai dalam diri seseorang.
  • Ada penerangan mengapa I vs E penting dalam membina legasi
  • Elemen I akan memfokuskan kepada ciri Ulul Albab
  • Elemen E akan ada dua bahagian:
    • Stamina emosi
    • CASIC dalam kehidupan
  • Setiap elemen dalam CASIC akan dijelaskan dengan fakta dan cerita yang praktikal sebagai individu – dan ketika bersama keluarga atau di tempat kerja.
  • Bagaimana CASIC boleh digunakan dalam bilik darjah, di rumah, pejabat atau kehidupan sosial atau bisnes.

Kaedah penulisan

Buku itu nanti akan mempunyai model tabiat manusia dalam membina legasi. Saya mengharapkan ia mudah dibaca seperti buku Stephen R Covey. Biarpun mudah , namun ia akan penuh dengan panduan – di mana buku tersebut tidak perlu dibaca sekaligus – boleh dijadikan rujukan dari semasa ke semasa.

Saya mendapati jika saya tulis banyak tips, ia akan nampak cantik di buku tetapi untuk melaksanakannya dalam kehidupan seharian, kekadang ia tidak berakar umbi yang jelas. Jika saya tulis terlampau mendalam, ia akan jadi seperti buku teks atau apa yang berlaku pada buku Pemikiran Sistemik saya.

Sokongan pembaca

Saya ingin menghargai pembaca di blog saya – membinalegasi.com . Apa yang saya rancang, sepanjang saya menulis, saya alu-alukan komen dan pertanyaan. Saya akan masukkan keprihatinan topik yang perlu disentuh nanti dalam penulisan saya. Saya akan beri poin kepada komen yang diberi. Saya ingin berikan hadiah kepada pembaca yang memberi komen kepada blog saya sepanjang menulis ini.

Ia dijangka makan masa. Saya harap paling lewat draf pertama siap pada bulan Jun 2012, Insha-allah. Editing siap sebelum bulan 9. Dan moga ia lancar masuk ke penerbitan pada hujung 2012 insha-allah.

Doakan usaha ini diberkati. Ameen

One thought on “CASIC akan ditulis

  • Assalamu’alaikum.

    Alhamdulillah, saya setuju usaha tuan untuk menulis buku tentang CASIC.

    Buat masa ini, tiada apa cadangan yang mampu dikemukakan kecuali mengharapkan agar persembahannya nanti mudah untuk dihadam, sepertimana olahan tuan dalam buku Master P.I.E.S. 🙂

    Terima kasih diucapkan. 😉

    Reply

Leave a Reply to Hadi Rofiee Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Kepercayaan: Ubat untuk Anda dalam Membuat Pilihan

Ubat berperanan untuk menyembuh sakit. Ia mungkin pahit, namun ia boleh membawa kebaikan. Ubat Panadol atau madu adalah untuk penyakit

Close