Umum

Agar Sentiasa Positif

“Banyak sangat masalah.”
“Masalah aku ialah aku tidak dapat susun masalah yang ada. Tidak tahu ingin urus dari mana. Buntu.”

Begitulah ciri seorang hamba. Banyak kelemahan. Banyak kealpaan. Banyak buntu. Memang perkara ini sering berlaku dan akan berlaku. Nama pun seorang hamba kepada Tuhan. Tidak sempurna.

Bagaimana uruskan perkara ini?

Ayat ringkas yang selalu dibaca ialah

“Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.” (1:5)

Daripada ayat di atas, ia menjelaskan bahawa kita adalah hamba yang sentiasa memerlukan pertolongan si Ilahi. Tanpa rasa hamba kepada Tuhan, pertolongan dariNya mungkin tidak didambakan. Mungkin ada masalah, namun bukan dirujuk kepada Tuhan. Akan mencari Facebook, Twitter atau manusia lain untuk menyelesaikan masalah sebagai langkah pertama.

Ada panduan tambahan jika kita dalam keadaan lupa. Juga cepat-cepat ingat Allah.

” …Dan ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika engkau lupa; dan katakanlah: “Mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan petunjuk yang lebih dekat dan lebih terang dari ini.”” (18:24)

Apa kesan kalau lupa dan tidak ingat Allah? 
1. Tidak dapat petunjuk (hidayah)
2. Tidak matang dalam membuat keputusan (rashada)

Ada masa dapat petunjuk tetapi tidak matang.

“Aku nak tegur dia sambil katok kepala.” Tidak matang

Atau langsung tidak mendapat petunjuk.

“Entahlah. Aku dah putus asa.” Tanda tidak mendapat petunjuk atau pencerahan kepada masalah yang ada.

Mengapa ingat Allah? Kerana Allah ada nama Yang Baik. Ia akan memberi kesan positif kepada diri. Apatah lagi jika ia dirujuk kepada panduanNya – dari kitab al-Quran. Makin positif diri kerana kata-kata dariNya penuh dengan kasih sayang dan harapan.

Kata-kata manusia ada had positifnya. Tetapi kata-kata dari Maha Pencipta akan memberi impak sampai ke syurga.

Jom jadi positif!

#AmazingQuran

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
CASIC Sale di Singapura

Modul CASIC sudah bermula seawal 2010. Kini ia dijelmakan kembali dengan CASIC Sale di Singapura

Close