Muqadimah Cinta

Kalau Ibn Khaldun, beliau ada menulis sebuah buku yang panjang. Namun ramai yang kenal pengenalan kepada bukunya tersebut, malah tajuknya lebih dikenali daripada buku asalnya, Kitab al-Ibar. Tajuk buku dari pengenalan bukunya itu ialah Muqaddimah. Membaca Muqaddimah sahaja sudah cukup memberi gambaran luas pada kitab besar yang ingin ditulisnya. Cuba bayangkan kalau Muqaddimah versi bahasa Inggeris sahaja lebih 460 halaman. Bagaimana pula kalau kita mengetahui tentang Muqadimah Cinta – hanya 1 bahagian sahaja dirasai daripada 100 bahagian secara keseluruhan ? Tidakkah kita ingin mengetahui 100 bahagian itu?

Dari Abu Hurairah r.a, katanya:

Saya mendengar Rasulullah SAW bersabada,:

“Tuhan menciptakan rasa kasih sayang itu 100 bahagian. 99 daripadanya disimpanNya di sisiNya. 1 bahagian sahaja yang diturunkanNya ke atas dunia. Dengan kasih sayang yang 1 bahagian itulah para makhluq saling berkasih sayang, sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut terpijak anaknya.”                      (Hadis Sahih Bukhari)

Nampak jelas bahawa kasih sayang (rahmat) dari Allah yang ada di atas muka bumi ini hanya 1/100. Hanya 1%. Dan apa yang diterangkan oleh Allah dalam contoh di atas?

… para makhluq saling berkasih sayang, sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut terpijak anaknya…

Apakah perkara lain yang menunjukkan kasih sayang sesama manusia yang besar?

Kasih sayang ibu

Kita perhatikan dalam hadith berikut:

`Umar ibn Al-Khattab berkata: Beberapa tahanan dibawakan kepada Rasulullah dan ada seorang wanita yang ada susu. Tiba-tiba, wanita ini melihat seorang bayi di tengah-tengah tahanan. Dia mengambilnya, meletakkan di bawah tudungnya dan mula menyusukannya. Nabi memberitahu sahabat, “Adakah kamu fikir wanita ini akan melontarkan anak ini ke dalam api?” Kami berkata, “Tentu tidak, demi Allah dia tidak akan berbuat demikian, jika dia mampu berbuat demikian.” Nabi berkata, “Allah Yang Maha Terpuji lebih rahmat dengan hamba-Nya daripada wanita dengan anaknya.” (al-Bukhari)

Cinta Suami Isteri

Dalam al-Quran, Allah juga menerangkan tentang hubungan suami isteri sebagai bukti mawaddah dan rahmat. Namun rahmat manusia ini tidak lebih dari 1/100 rahmat Allah. Apakah tafsiran mawaddah dan rahmat sebagaimana dalam ayat ini:

[30:21]
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan mawaddah dan rahmat. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.

Banyak mufassir menyatakan bahawa mawaddah berkait dengan kasih sayang ketika objek dicintai tidak memerlukan cinta atau kasih manakala rahmat dikaitkan dengan objek cinta yang memerlukan cinta dan kasih. al-Biqa’i, salah seorang ulama tafsir menyatakan: mawaddah adalah kelapangan dada dan kekosongan jiwa dari kehendak buruk.  Ia bukan sekadar cinta biasa tetapi cinta plus. Ia adalah cinta yang nampak buahnya dalam sikap dan perlakuan, serupa dengan kepatuhan sebagai hasil rasa kagum kepada seseorang.

Mawaddah dalam al-Quran dan Mawaddah Romeo Juliet

Ibn Qoiyim ada menulis tentang cinta dalam bukunya Raudhatul Muhibbien. Cinta Laila Majnun iala cinta Romeo Juliet versi Arab. Ibn Qoiyim banyak membincangkan tentang konsep cinta yang amat luas.

Cinta Romeo Juliet adalah lambang cinta boyfriend-girlfriend zaman sekarang? Adakah ia dibenarkan? Adakah ia dilarang? Bagaimana kaitan dengan cinta pada Allah, Rasul dan ibu bapa?

Ini dapat difahami dengan melihat muqadimah atau pembukaan atau pengenalan kepada cinta (hatta diulang dua kali perkataan ar-rahman dan ar-raheem) sebagaimana yang ada dalam ummul-kitaab. Jika seseorang memahami fatihatul-kitaab tersebut, ia akan memberi jawapan kepada cinta yang sebenarnya. Lafaz cinta itu diulang min 17 kali sehari.

Adakah anda mempunyai salah satu atau lebih ciri berikut?

  • Tidak nampak atau jelas kaitan cinta dan al-Fatehah
  • Tidak pasti manakah bahagian al-Fatehah yang amat penting dan mencakup keseluruhan surah ini dan al-Quran
  • Mengapa Allah mengulang 2 kali ar-rahman dan ar-rahim?
  • Apa beza ar-rahman pada Bismillah dan pada ayat selepas Alhamdulillahi rabbil alamin?
  • Mengapa Allah menggunakan kaedah ‘kata ganti diri ketiga’ dalam ayat awal-awal al-Fatehah tetapi menggunakan ‘kami dan engkau’ pada tengah-tengah al-Fatehah?
  • Mengapa dinamakan al-Fatehah ? Apa kaitan dengan kewajipan dalam solat? Penting sangatkah?
  • Cukupkah kalau memahami al-Fatehah ini sahaja untuk berjaya?
  • Tahukah anda konsep ‘continuous quality improvement’ ada dalam al-Fatehah – dan ia bukan dibuat-buat tetapi dijiwai oleh generasi terdahulu sehingga tahap cinta mereka amat ‘power’?

Kalau ada, inilah masa untuk anda  bertanya atau mengikuti program Muqadimah Cinta. Apabila ia jelas, ia akan menjadikan diri anda lebih rindu, asyik, angau dan tenang dengan yang dicintai.

Ya Allah, jadikan aku mencintai orang-orang yang mencintaiMu.

Artikel ini adalah sebahagian daripada kandungan program Muqadimah Cinta yang akan dilaksanakan, Insha-allah.

Facebook Comments:

One thought on “Muqadimah Cinta

  • September 21, 2009 at 1:55 pm
    Permalink

    iAllah saya akan menunggu sebarang info berkenaan program ini. Tapi, disebabkan jarak yang jauh, mengharapkan sebarang recording diletakkan bagi slot ini. jzzk khair.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Twitter Weekly Updates for 2009-09-20

wa adraaka ..wa ma yudriika .. a lot of difference .. #

Close