Dia Telah Pergi…Saya Pasti


Saya baru menerima berita tersebut. Rasa agak terlewat, tetapi Alhamdulillah saya dapat tahu. Saya tidak kenal beliau. Saya tidak pernah bercakap dengan beliau. Saya tidak pasti tentang beliau kecuali mengetahui beliau pernah menulis satu entri di blog dan ada akaun Facebook. Saya baru sahaja Add as Friend. Tapi yang ini saya pasti. Saya pasti beliau tidak akan endorse saya sebagai Friend. Mengapa? Kerana beliau sudah pergi. Pergi bertemu Yang Esa.

Saya ingin menulis kali ini kerana saya harap dan doakan ruhnya dicucuri rahmat. Moga dimudahkan urusannya di sisi Allah. Agar saya lebih rapat dan sentiasa mengingat saat yang pasti.Saya yakin kawan-kawannya yang 29 orang lagi akan jelas akan kewujudan saat itu. Saat yang akan datang bila-bila masa sahaja. Saat yang ramai takut dan gentar, tetapi perlu dilalui. Saat yang ramai cuba lupakan atau buat-buat lupa. Saat yang memerlukan persediaan besar, kerana itu adalah perjalanan yang abadi. Saat yang akan menentukan apakah kehidupan nanti bahagia atau sengsara. Dan saat itu, sudah dilalui oleh beliau. http://www.knoxnews.com/news/2009/may/25/limited-visibility-hinders-divers-seeking-victim-a/

Buat teman-teman beliau, walau sekadar dengar atau baca namanya,

Kata Nabi: “Banyakkanlah mengingati sesuatu yang menghapuskan kelazatan”. Itulah saat getir untuk semua. Beliau hadapinya di Great Smoky Mountains National Park, USA. Di manakah kita? Tidak penting lokasi menghadapi saat itu. Namun di mana mahu kita menghadapi saat itu?

Dia pasti sudah pergi. Saat itu ialah titik gerbang atau threshold yang tidak ada peluang pulang kembali. Saat itu, akan memisahkan dari dunia yang banyak menipu dan melekakan – bersuka ria dan bergelak ketawa tanpa had. Saat yang akan boleh menyedarkan kita kalau kita terlena panjang – sebagaimana dinyatakan oleh Saidina Ali.

Saya sedih dengan berita itu. Saya juga getar menghadapi saat itu. Apakah yang akan dibawa ketika menghadapi saat itu? Sudah cukupkah amal kerana saya inginkan jannah yang paling tinggi? Kalau dibelek-belek, memang tidak cukup. Padahal saat itu pasti datang. Ketika travel, ketika duduk, ketika menulis, ketika membaca, ketika mandi, ketika makan, ketika sujud…Ia boleh datang bila-bila dan ia amat pasti. Tapi kekadang saya terlupa saat itu.

Lupa. Hingga kekadang saya berlagak tidak yakin dengan saat itu. Semacam mahu hidup 1000 tahun lagi. Semacam umur saya pasti dan boleh tunggu 5 atau 50 tahun lagi, barulah siapkan amal dengan ke solat ke masjid seperti pakcik-pakcik yang sudah pencen. Saya baca berita Swine Flu, khuatir akan mati. Ramai yang batalkan program kerana Swine Flu. Tetapi malaikat maut tidak menanti Swine Flu atau bersiap di Illinois. Malaikat maut memerhati beliau di Smoky Mountain. Dan saya ? Di mana ya?

Rakan-rakan beliau yang 29 orang,

Kalian menjadi saksi bahawa saat itu pasti. Kalian tentu sedih dan getar. Saya yang jauh di Los Angeles ini tergetar. Pasti kalian lebih-lebih lagi, setelah sempat solat berjemaah dengan beliau dalam perjalanan. Bukan mudah untuk solat berjemaah seperti di Malaysia.  Pasti kalian lebih terasa selepas mendengar tazkirah dengan beliau. Selepas musafir bersama-sama, untuk melihat kebesaran Allah di Smoky Mountain dan mengikut segala tatasusila musafir. Pasti kalian rasa lebih jelas, lantaran pada awalnya beliau reluctance untuk pergi, tetapi kerana ingin menjaga ukhuwah sesama kalian, diturutinya juga. Allah memuji golongan yang bermusafir kerana ingin melihat kebesaran Allah.

Semoga kalian yang 29 orang dan pembaca budiman akan ingat saat itu untuk menjadikan kita individu yang bersemangat dalam kehidupan. Dia telah pergi.  Saya pasti kita juga sama.

AlFatehah

Facebook Comments:

2 Comments

  1. Omar Mokhtar says:

    Innalillahi wainna ilaihi rajiun.

    Jzzk for the sharing.

  2. wafeeqah says:

    Alhamdulillah jenazah telah diterbangkan ke Malaysia jam 10pm EST tadi dari Airport Newark. insyaAllah tiba jam 7.15 am waktu Malaysia. semoga keluarga beliau diberikan kekuatan menerima kehendakNya. dan semoga Allah himpunkan beliau bersama golongan yang beriman. Ameen

Leave a Reply

Read previous post:
Twitter Weekly Updates for 2009-05-24

pentingnya belajar ilmu ketika success dan fail.. # @ainun_nadwah moga Allah berikan kesembuhan..syafakallah.. in reply to ainun_nadwah # "Tenangkanlah hati...

Close