Anda Suka Chunky Spaghetti Sauce?

Spaghetti ialah makanan tradisi dari Italy. Ia memang sedap dan saya menganggap ia makanan mewah ketika di Malaysia. Mengapa? Saya tidak pasti. Mungkin ketika tinggal di Johor dahulu, saya jarang atau mungkin tidak pernah menjamah spaghetti. Apabila sampai ke US, saya dibawa oleh senior ke Fazoli yang terletak di Purdue West, West Lafayette, Indiana ketika baru sampai ke tempat saya akan menghabiskan masa belajar 4 tahun. Saya ambil makanan veggie, dan itulah spaghetti. Memang sedap. Ditambah lagi bread stick yang diberi percuma. Memang mantap kalau makan di situ.

Namun tidaklah saya makan di luar selalu. Saya akan cuba masak sendiri. Mudah sahaja. Beli spagetti sauce dan rebuskan ‘mee’ spaghetti. Nak menarik, tambahkan daging hancur ke dalam sos itu dan hidangkan. Amat membuka selera.

Ada pelbagai jenis

spaghetti1

Namun spaghetti sauce ada pelbagai jenis. Ada yang traditional, cheesy, onion with mushroom dan chunky. Versi chunky bukan datang dari Italy. Itu ditemui oleh Howard Moskowitz – individu yang bertanggungjawab kepada idea:

‘There is no best Pepsi, there are best Pepsis’

‘There is no best mustard, there are best mustards’

Apakah idea Howard tersebut? Anda boleh memahaminya lebih mendalami dengan menonton klip ini http://www.youtube.com/watch?v=iIiAAhUeR6Y . Malcolm Gladwell, penulis Blink dan The Tipping Point serta Outliers menceritakan ‘hero beliau’ iaitu Howard yang berjaya menggembirakan ramai rakyat Amerika, dan saya pasti menggembirakan ramai peminat spagheti. Artikel lanjut tentang hal ini boleh dibaca di sini

Idea Howard menyebabkan beliau berusaha untuk hadir dengan idea baru dalam perusahaan makanan dan ini melonjakkan jualan Prego, salah satu jenama bagi produk sos spaghetti. Kejayaan Howard ada kaitan dengan paradigma atau cara berfikirnya dalam memahami manusia. Manusia bukan hanya akan membeli Pepsi terbaik dengan kadar kemanisan 10%, tetapi manusia akan membeli Pepsi-Pepsi terbaik. Maksudnya? Tidak ada satu jawapan untuk menjawab ‘Pepsi terbaik’. Lain manusia, lain citarasa, maka lain pula ‘Pepsi terbaiknya’.

Mengapa perlu pilih terbaik? Bagi industri makanan, ia ada kaitan dengan ‘jualan’ dan menggembirakan pelanggan. Howard hadir dengan Chunky Spaghetti Sauce dan ia berjaya kerana manusia kekadang tidak tahu apa yang mereka suka sehinggalah diberi pilihan ‘apa yang mereka suka.’ Katakan ada sos A dan sos B. Jika diberi pilihan, individu pasti memilih samada A atau B. Tidak C kerana C tidak wujud. Namun Howard hadir dengan C – Chuncky Spaghetti Sauce – dan ia berjaya ‘menyedarkan’ manusia bahawa itu adalah antara option terbaik dalam memilih spaghetti sauce!

Berbeza pendapat dan tabiat

Begitulah manusia. Dalam artikel Perempuan Berkalung Sorban, saya lihat dari sudut lain oleh zain-ys , penulis melihat dalam perspektif lain tentang filem baru di Indonesia tersebut.Penulis memilih untuk hadir dengan idea C – dan masih melihat kepada ruang perspektif dalam filem tersebut. Jika ada beberapa individu yang ‘menghentam’ filem tersebut, saudara zain-ys berpendapat: ini adalah antara gejala pesantren dan Islam yang masih berlaku yang perlu ditangani. Filem itu bukan melambangkan Islam yang sebenar. Ada kekurangan dalam filem ini, tetapi ia menjadi pengajaran untuk diambil tindakan – bukannya dihentam semborono – apatah lagi kalau filem itu belum ditonton lagi. Tindakan menghentam dan menghukum ini tidak tepat kerana manusia berbeza-beza dalam melihat sesuatu. Adakah idea ini liberal? Ada yang menyatakan ini kaedah Islam liberal. Namun saya pasti pengarah filem itu mahukan ‘panduan tidak liberal’ bagi menyatakan isu ‘menghukum’ dalam tradisi di Indonesia.

Allah menyatakan dalam al-Quran:

2009-05-08_1253041

17:84. Katakanlah (Wahai Muhammad): “Tiap-tiap seorang beramal menurut pembawaan jiwanya sendiri; maka Tuhan kamu lebih mengetahui siapakah (di antara kamu) Yang lebih betul jalannya”.

Ibn Abbas menyatakan, maksud ‘ala shaakilatihi ialah “Menurut kepada kecenderungannya.” Mujahid menyatakan, “Mengikut kecenderungan dan tabiatnya”. Qatadah menyatakan, “Menurut niatnya.” Ibn Zayd menyatakan, “mengikut agamanya”. Menurut Ibn Katheer, ayat ini ialah ancaman dan amaran kepada golongan musyrik sebagaimana dalam ayat:

2009-05-08_125846

11:121. dan Katakanlah kepada orang-orang Yang tidak beriman: “Buatlah apa Yang kamu sanggup melakukannya (dari perbuatan ingkar itu). Sesungguhnya Kami juga tetap mengerjakan (nasihat pengajaran Yang Tuhan berikan kepada Kami).

Ibn Katheer menambah, bahawa masing-masing akan diberi ganjaran sesuai dengan amalannya, kerana tiada suatu pun yang tersembunyi di sisi Allah.

Manakala dalam tafsir Jalalayn, ada dinyatakan bahawa setiap manusia akan bertindak dan beramal mengikut kepada karakter atau tabiat, dan Allah mengetahui cara mana yang akan memandu seseorang kepada hidayah Allah.

Ini memberi kefahaman kepada kita bahawa kecenderungan dan karakter masing-masing memilih jalan sendiri untuk beramal dan menyumbang dalam Islam untuk mendapatkan hidayah. Ada individu yang dominon bahagian fizikalnya – suka mendaki gunung serta membawa adik-adik untuk sama-sama menikmati kehebatan makhluk ciptaan Allah. Ada yang dominon intelek – dengan membaca serta mengkaji lantas disumbangkan kepada masyarakat. Ada yang yakin dan mampu memimpin kerana kuat serta utuh emosinya, lantas memimimpin dan menginspirasikan khalayak ramai. Yang penting, kecenderungan ini perlulah diasaskan kepada nilai spiritual yang mantap – iaitu ikhlas kepada Allah dan mengikut sunnah serta panduan Rasul. Itu adalah 2 syarat amal diterima.

Menghormati perbezaan.

Hatta untuk hal fizikal seperti sos spaghetti sos pun manusia seperti Dr Howard perlu melaksanakan kajian untuk mengenal perbezaan minat manusia untuk menikmati spaghetti, sudah tentu hal intelek, emosi dan spiritual perlu dikaji lebih dalam lagi.

Untuk memahami minat atau kecenderungan masyarakat dalam ilmu, sosial dan amalan kebaikan, ia memerlukan kajian. Dr Howard diperlekeh selepas memberi idea there are best Pepsis kerana ia menentang arus bahawa yang terbaik hanya satu. Kebanyakan manusia pada zamannya berpendapat penyataan yang benar ialah there is a best Pepsi. Not best Pepsis. Namun jika kita mampu melaksanakan kajian dan menyahut kepelbagaian dalam menyampaikan mesej kebaikan dengan mengambil kira pelbagai citarasa intelek, emosi dan spiritual, sudah tentu juadah iman yang cuba kita sampaikan akan ‘dibeli’ dengan rakusnya. Malah dalam usaha kita berjaya untuk belajar dan kerjaya serta kehidupan, kita perlu kenal diri kita. Ini memerlukan kajian.

Tanpa kajian dan tadabur pada sumber besar iaitu al-Quran dan Sunnah dengan mengelakkan ‘dogma’ semata-mata, tidak mungkin wujud ‘Chunky Spagetti Sauce’ pada zaman kini.

Facebook Comments:

2 thoughts on “Anda Suka Chunky Spaghetti Sauce?

  • May 10, 2009 at 4:25 am
    Permalink

    salam
    Artikel anda sungguh bernas. teruskan usaha menyebar dakwah di seluruh pelusuk dunia.

    Reply
  • November 12, 2010 at 3:19 am
    Permalink

    You can definitely see your enthusiasm in the work you write. The world hopes for more passionate writers like you who aren?¯t afraid to say how they believe. Always go after your heart.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
TwitTarbiah 2009-05-08

@annkays kena ada usaha untuk mendekati mereka in reply to annkays # @imranty bantuan apa tu imranty ? nak balik

Close