Umum

An'amta alaihim dalam dakwah

Dalam dakwah, banyak perkiraan yang perlu dibuat. Dalam dakwah ada aspek diri dan harta. Aspek diri melibatkan psikologi dan sosiologi. Ia juga melibatkan politik. Pada aspek harta, ia akan melibatkan aspek ekonomi. Lantas, jika ia tidak disiapkan dengan kefahaman benar dan sungguh-sungguh, ramai individu yang terlibat dalam dakwah ingin merancang sendirian. Ingin memulakan sesuatu yang baru kerana dirasakan yang lama itu sudah ketinggalan atau perlukan nafas baru. Adakah itu wajar?

Ada perkara usul dan furu’ (pecahan) dalam dakwah. Namun hal usul ini boleh dibaca terus dari al-Quran dan as-Sunnah. Kehidupan kita manusia yang berasaskan fitrah akan dapat merasai usul tersebut seperti ‘adakah teknik yang digunakan betul’, ‘pentingnya merujuk kepada rakan lain’ dan banyak perkara lain yang Allah telah berikan kepada orang beriman.

Menurut Ibn Qoiyim Al-Jauziyah, jika seseorang ingin melaksanakan sesuatu kerja besar atau projek, ia perlu merujuk dan mendapat sokongan min 5 orang beriman. Mengapa? Sudah tentu ia berkait dengan konsep shuraa atau mesyuarat. Malah kalau si A tidak mampu meneruskan projek tersebut, si B, C,D dan E boleh meneruskannya. Ijma’ pendapat 5 orang sudah tentu memberi kesan lebih besar, lantaran firasat orang beriman ini amat tajam – diberikan oleh Allah.

Jika kita merujuk kepada teori sosiologi, kita akan mendapati bahawa sesuatu idea itu perlu dicerna oleh ‘core group’ dalam membuat perubahan. Malah dalam ideologi yang tidak sah, konsep ini digunapakai. Ia tidak boleh berdiri sendiri. Imam-imam pengasas mazhab perlukan student-nya yang memahamisesuatu kaedah mazhab agar ‘projek mazhab’ itu dapat kekal dan dikemaskan dari semasa ke semasa.

Dalam surah al-Fatihah, usul dakwah yang penting ialah pentingnya kita berbalik kepada jati diri kita – yang sudah diletakkan oleh ‘orang terdahulu’ yang Allah telah kurniakan nikmat. Mereka ia di kalangan nabi, siddiqin, syuhada’ dan solihin. Sesetengah ulama menyatakan, ia juga melibatkan orang beriman. Jadi dalam kita meneruskan dakwah, kita perlu rujuk sejarah mereka. Perlu rujuk pendapat mereka. Bukan sendirian – kerana ia akan menidakkan jati diri kita yang asal. Ia mungkin tidak mendapat support ramai.

Moga-moga kita mampu bersama mereka di atas jalan dakwah ini. Ameen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Muqadimah Cinta

Kalau Ibn Khaldun, beliau ada menulis sebuah buku yang panjang. Namun ramai yang kenal pengenalan kepada bukunya tersebut, malah tajuknya

Close