Koleksi al-MuntalaqKoleksi ST-Gallery

Ya Allah! Bantulah hamba-Mu melaksanakan dakwah

Ketika Rasul melaksanakan dakwah, adakah Rasul ditaja atau di-sponsor? Ketika embargo ekonomi, adakah individu Islam yang mewah hidupnya? Jika Rasul itu berdagang dan kaya sebelum menjadi Rasul, adakah ini persediaan untuk menjalankan dakwah? Ketika bersedia menghadapi Perang Khandaq, tiadakah sahabat yang boleh memberi makanan kepada Rasulullah sehingga perlu beliau mengikat batu di perut?Dalam melihat senario di atas, ia akan refleks kepada tahap tawakal individu yang ingin menjadi pendakwah kerana menurut Imam Ghazali, tawakal terbahagi 4:

1. Tawakal kepada manusia

Contoh tawakal pada tahap ini ialah apabila seseorang amat bergantung kepada gaji yang diberikan oleh bosnya, si anak mengharapkan ayah emak memasukkan wang ke dalam akaun, si kawan mengharapkan pertolongan dari kawannya dan banyak lagi.

2. Tawakal kepada diri

Tawakal ini menyebabkan seseorang yakin pada diri sendiri dalam melaksanakan apa sahaja tanpa meletakkan kebergantungan kepada Allah. Kalau ia bercakap, ia yakin ia akan memberi kefahaman kepada orang lain dan kalau dia berbuat kerja, pasti menjadi.

3. Tawakal kepada benda

Tawakal tahap ini melibatkan kebergantungan kita kepada benda atau objek yang kita gunakan.

4. Tawakal kepada Allah

Tawakal inilah tahap tawakal yang sepatutnya. Bukanlah kita tidak berkomunikasi dengan manusia, menggunakan peralatan canggih dan sebagainya, namun tiada yang lebih berkuasa kecuali dengan izin Allah.

Dakwah di-sponsor

Memang ia bagus. Namun kalau ia di-sponsor setiap masa, ia mungkin akan merendahkan tahap tawakal yang ada. Inilah yang perlu diperhatikan kerana kita tidak mahu menjadi da’i dengan tawakal tahap 1-3. Ia akan menyebabkan kemenangan jauh dari kita lantaran kebergantungan kita bukan pada-Nya tetapi pada manusia, diri atau objek di sekitaran.

Nak tahu tahap tawakal da’i kelas 1-3?

Banyak petanda yang menunjukkan  seseorang da’i itu berada pada tahap tawakal 1-3. Berikut dinyatakan sebahagiannya:

  • Diri kurang menangis dan merintih mengenang dosa dan mengharapkan pertolongan dari Allah terutama ketika bersendirian
  • Diri rasa puas dan dapat apa sahaja tanpa usaha mujahadah yang kuat
  • Diri mengharapkan pertolonagn orang lain dan tiada masalah yang dirujuk kepada Allah
  • Perkataan kurang menyatakan nama Allah dan kepentingannya dalam ucapan dan tindakan
  • Diri kurang mengakui kelemahan diri terutama dalam aspek fizikal
  • Diri kurang meminta untuk dinasihatkan atau ditolong sesama ahli atau rakan ketika melaksanakan kesilapan
  • Diri kurang bangun malam, puasa sunat atau melaksanakan amalan nawafil yang akan mendekatkan diri kepada Allah Rabbul Jaleel

Mari kita renungkan. Ya Allah! Bantulah hamba-Mu untuk berdakwah! Bantulah hamba-Mu untuk tahu menjadi seorang hamba yang mukhlas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Individu bijak IQ kerana bijak memberi makna

Konteks menjelaskan makna bagi sesuatu perkara berdasarkan individu. Konteks memberi kesan penghargaan kepada maknya yang disampaikan. Dalam mempelajari sesuatu ilmu,...

Close