2 slot Wacana yang penting pada 28 Okt – WQ 13- WQ 14

Hari ini saya mengendalikan 2 siri Wacana al-Quran. Berikut ialah soalan-soalan awal

Sistem Infak dalam Ekonomi Norma Baharu

Soalan Panel Prof Akram

1. Ada instrumen infaq/wakaf/sedekah dalam ekonomi diterangkan al-Quran. Ia dikaitkan riba. Bagaimana infaq boleh menghapuskan riba dalam Sirah Nabi dan Quran?

2. Bila menguruskan kewangan personal atau organisasi konvensional, infaq atau charity biasanya jarang diperkatakan. Bagaimana elemen infaq ini penting untuk pengurusan kewangan ?

3. Charles Francis Feeney memilih untuk memberi berbanding mengaut. Bagaimana membina jiwa ini pada dan seringgitwan (orang yang ada seringgit) dan jutawan (orang yang ada sejuta ringgit) ?

Soalan Panel En Shamsuddin Kadir

1. Norma baru ini menggegar dunia. Bagaimana infaq atau sedekah menjadi elemen penting untuk mengurus kewangan personal dan organisasi? Mungkinkah?

2. Berapa kena infaq?

3. Urus kewangan biasanya untuk apa yang dipertanggungjawabkan. Namun bila sedekah, tanggungjawab itu meluas. Bagaimana menyusun keutamaan ini?

Masjid: Menyumbangkah kpd Ekonomi Negara?

Soalan untuk YBhg Tuan Haji Ajib bin Ismail, Pengarah Jabatan Agama Wilayah Persekutuan

1. Adakah masjid pada zaman Nabi terkait dengan pembinaan ekonomi? Apa asas Quran?

2. Zaman kini di Malaysia, adakah masjid membina ekonomi atau meneri sumbangan sahaja?

3. Apa gagasan Tuan Haji untuk masjid ke hadapan?

Soalan untuk Prof Dr Noor Azman Ali, Sekolah Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Putra Malaysia

1. Bila bercakap masjid, ia adalah satu jaringan. Apa Prof nampak dalam zaman Covid 19 ini untuk Masjid memanfaatkan jaringan ini ?

2. Jaringan dan ekonomi. Apakah yang boleh ditingkatkan di peringkat masjid menyumbang ekonomi umat?

3. Apa kemahiran penting untuk pengurusan masjid agar ekonomi diperhatikan? Sudah adakah platform atau sumber untuk memantapkan kemahiran ini di mana-mana?

Apakah hasil dari diskusi hari ini?

  1. Amat penting untuk melihat infaq sebagai satu instrumen penting dan DNA fitrah, bukan terpisah dalam dunia korporat. SK mencadangkan min 3% – mungkin dikaitkan dengan nilai zakat yang wajib
  2. Amat penting di masjid digembelang big data dan merungkai pelbagai masalah dapat diselesaikan dengan mindset welfare, bukan wealth creation or gathering.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Pelbagai sumber kewangan, mana yang paling tidak mungkin rugi?

Kalau ikut kepada Kiyosaki, ada 4 domain untuk sumber kewangan 1. Employee2. Self Employed3. Business4. Investment Dalam al-Quran, investment ini

Close