Koleksi ST-GalleryPAKS

Pendakwah Air Kacang Soya 2

Nas dan Din berbincang-bincang apakah strategi untuk memastikan apa yang mereka perlu laksanakan …Mereka mencatat apakah yang perlu mereka capai. Kata Nas, “Kalau boleh, kita dapat beat gaji kalau kerja di kilang atau kedai biasa. Biasanya, sebulan dapat RM 600. So maksudnya, kita perlu dapat RM 1200 untung bersih setiap bulan.” Din mengangguk.

Mereka terus berbincang.

” Kalau kita nak dapat RM 1200 sebulan dan kita buka 6 hari seminggu, maksudnya 1200 perlu dibahagi 24. Lebih kurang, RM 50 untung sehari. ”

“Eh, ok le tu. Mudah-mudah je kalau nak dapat banyak tu sehari.”

“Tapi macam mana nak dapat sebanyak tu ? RM 50 tu banyak …”

Din mengambil kertas dan kalkulator. Ditulis atas kertas tersebut sedikit kiraan. Nas menjeling apa yang ditulis. “Eh apa yang kau tulis senarai bahan tu? Kita belum bincang bab bahan lagi. Kita berbincang berkaitan dengan target untung dan apa yang perlu kita laksanakan.”

“Inilah cara untuk nak tahu apa yang perlu kita laksanakan. Memang boleh kalau kita terus berjual dan catat. Tapi target kita mungkin tidak sekata dengan apa yang perlu dibuat.”

“Maksud abang?”

“Yalah. Nak dapat untung RM 50 bukan sama dengan jual RM 50 air soya. Kita kena kira kos nak hasilkan air soya, tenaga dan pelbagai belanja lain. Setelah itu, barulah ditolak dan kita dapat tahu jumlah untung. Paling kurang, kita perlu ada  harga kasar. Kalau kita beli apa sahaja yang kita inginkan tanpa merancang, mungkin kita akan mulakan perniagaan ini dengan belanja yang besar padahal keuntungan akhir nanti tidak berbaloi dengan apa yang kita usahakan.”

Mereka terus berbincang.

 

Catatan saya:

Mengenalpasti target akhir

Mengenalpasti apa yang ada serta mengetahui target akhir amat penting untuk mendapat gambaran keseluruhan dakwah yang akan dilaksanakan. Namun dakwah perlukan bahan yang bagus untuk ‘dijual’. Dalam kekurangan yang sedia ada, pendakwah perlu memaksimumkan apa yang sedia ada untuk melaksanakan dakwah. Tidak perlu tunggu kepada peluang berceramah dengan orang-orang besar, atau bercakap dengan orang yang zalim sahaja – barulah peluang dakwah disambut. Gunakan apa sahaja di sekeliling dan sampaikanlah dakwah atau mesej kebenaran walaupun sekadar mengirim satu nota kebaikan, melemparkan senyuman dan banyak lagi.

Dakwah perlu ada perancangan
Yang penting, ia perlu ada perancangan. Setelah itu, pastikan ada cara untuk mencapai target hujung tersebut dalam dakwah. Jika kita mengharapkan ada 30 orang baru yang melazimi masjid selepas 6 bulan anda berdakwah, maka ia perlu dirancang dari sekarang. Jika kita sekadar mengharapkan ada pertambahan tanpa ada perancangan ke arah itu, samalah seperti mengharapkan untung RM 50 sehari tanpa perlu mengira berapa bungkus air soyakah yang perlu dijual setiap hari. Pada akhir bulan, setelah dikira-kira, bukan RM 1200 yang diperoleh tetapi hutang yang ada kerana membeli bahan dan peralatan yang melebihi pendapatan. Bukan sahaja 30 orang baru ke masjid tidak diperoleh, malah makin ramai yang meninggalkan masjid – hatta diri si pendakwah itu sendiri.

Pastikan perancangan tidak menipu
Apa maksud perancangan yang menipu? Anda merancang untuk mendapat 2 orang yang sedar berkaitan Islam, namun hasilnya ialah 2 orang yang memusuhi Islam. Bagaimana boleh jadi begitu? Strategi dan metod kurang sesuai dilaksanakan. Inilah yang memerlukan kepada hikmah atau dalam istilah pada surah Yusuf ialah baseerah.

[12.108] Katakanlah (wahai Muhammad): “Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada ugama Allah dengan berdasarkan baseerah (keterangan dan bukti yang jelas nyata). Dan aku menegaskan: Maha suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain.”

bersambung

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Kekuatan Otak, Kekuatan Jiwa

MEMANCARKAN KEKUATAN Jiwa adalah sumber kekuatan seseorang. Orang yang Jiwanya lemah, akan tampil sebagai sosok yang lemah. Sedangkan orang yang

Close