Koleksi ST-GalleryPOTENSI

Kecerdasan Spiritual (Spiritual Quotient)

Satu kecerdasan yang sememangnya ada di dalam diri manusia secara fitrah ialah merasai kewujudan Tuhan. Saya ingin membawa dua definisi spiritual kepada anda. Disini kita akan bertembung dengan dua peradaban dunia iaitu dunia barat dan dunia Islam. Apakah yang dimaksudkan dengan kecerdasan spiritual menurut kedua-dua peradaban ini? Adakah ianya satu aspek yang bersifat terpisah-pisah?

Pada awalnya, dunia Barat atau masyarakat Barat tidak mempercayai aspek rohani atau spiritual. Ini adalah disebabkan kerana pada zaman Gelap Eropah atau The Dark Ages telah memberikan pengajaran yang amat besar kepada masyarakat terhadap golongan gereja. Mereka mula tidak mempercayai golongan gereja kerana masyarakat telah mengetahui perkara yang sebenar di dalam gereja. Mereka melakukan penipuan kepada seluruh masyarakat Eropah demi untuk mendapat kekayaan. Akhirnya mereka meninggalkan amalan gereja dan hidup tanpa mempercayai kewujudan Tuhan. 

Kisah Nick Williams (NW)

Saya ingin berkongsi dengan anda berkenaan dengan satu kisah. Kisah ini ada dirakamkan di dalam bukunya yang bertajuk ‘Unconditional Succes; Loving The Work We Were Born To Do’. Buku ini adalah pengalaman peribadi Nick Williams sendiri. Di dalam bukunya itu, beliau ada menulis, 

In my early twenties, I set out to be succesful; I thought that would make me happy. Succes for me, at that time, meant money and all the material things it could buy me, like house, a mortage, a car. I could be grown up, work hard and push myself; I could play hard and have a girlfriend. The world of sales and marketing appealed to me anda within a few year I become pretty succesful people, in material terms. Increasingly however, as my late twenties arrived, I began to question it all. Like so many succesful people, I had all that I thought would make me happy, but it was dawning on me that I wasn’t very happy at all. 

Was something wrong with me? I had after all, achieved so much. I was confused and began to feel a certain despair. Everithing became a bit meaningless. What was the point of more of the same? If this much hadn’t made me happy, how much more would? What shuold I do? I began to ask for and get help. I went into therapy, started to read about psychology, and then stumbled across some spiritual books. Then I had one of those insightful moments, an epiphany anda revelation-there was no real spirit in my life! 

I began to see that I was only partly living life. I was living the life I thought I should live, doing the things I thought you were supposed to do. It was then that I asked myself a life-changing question: what would I love to be doing? The answer that came to me was: teach, love, inspire, write, travel, be creative, be authentic, have fun, heal some of the pain I was now feeling and grow. I thought I had the right answer-but for the wrong person! I was a computer salesman from Essex! How could I teach or inspire others: what spiritual ideas did I have to share with the world? What made me so special? 

But this inner voice and intuituion didn’t go away, it remained stron. I realized how much I had prided myself on being able to talk down this voice. It wasn’t going to get me! I was stronger than that. I could fight it! But gradualy I saw that the inner voice calling me wasn’t my enemy, it was my ally: it was trying to lead me to what would bring me happiness, to what would be my greatest joy. Slowly I began to listen to the inner voice and sense of rightness it offered me. As I started to choose to partner with it rather than fight it, my life began to click into place. I felt I was finding the path that had been there all the time, the one I’d missed when I was busy building my materially succesful life. Quite suddenly, I literally felt that I was getting on track.

 Apakah pengajaran yang dapat kita lihat dari kisah benar NW? Bukankah itu merupakan satu perjalanan kepada kehidupan yang lebih bermakna? Lebih dihargai oleh manusia? Kisah ini menunjukkan kepada kita berkenaan dengan definisi SQ bagi Barat. Mereka melihat bahawa potensi di dalam diri melalui SQ ialah mencari kehidupan yang lebih bermakna.

 Jika anda membaca buku Steven R. Covey, The 8th Habit; From Effectiveness To Greatness, anda akan mendapati bahawa gaya Covey menulis di dalam bukunya kali ini banyak menyentuh kepada moral dan nilai. Hal ini adalah merujuk terus kepada nilai potensi spiritual manusia. Yang menariknya di dalam buku ini, Covey membahagikan cara penulisannya mengenai nilai spiritual kepada dua bahagian iaitu; 

  1. Find your voice
  2. Inspire others to find their voice.

 Beliau ada menegaskan berkenaan dengan potensi spiritual ini mampu membawa kebahagiaan kepada manusia. Hal ini berlaku kerana di dalam diri manusia kerana mempunyai potensi yang terpendam dan ia mencari makna kehidupan. Find your voice merupakan saranan Covey menurut penulisannya dan manusia itu sebenarnya mempunyai dua pilihan. Kedua, inspire others to find their voice pula adalah merujuk kepada sumbangan bagi mereka yang sudah mengikut suara hati, kemudian di luaskan dengan perkongsian dengan manusia lain supaya mereka juga turut mendapat atau mengikut gerak suara hati mereka.

 Jika kita melihat kisah benar Nick William tadi, ia mempunyai keselarian menurut penulisan Covey ini. NW pada mulanya mencari kebahagian material untuk menjadikan dirinya bahagia, tetapi beliau tersilap. Kemudian NW mula mendengar suar hati agar ‘teach’, ‘love’, ‘inspire’, ’write’, ’be creative’ dan ’travel’. NW mula melawan suara hati itu dan kemudian beliau akur dengan suara hati sendiri. Akhirnya NW mencari jawapan mengenai kehidupannya dengan mengikut suara hatinya. Namun yang demikian, beliau menjadi inspire kepada orang lain agar mencari suara hati itu! 

Hari ini, Barat mendefinisikan spiritual itu ialah makna kehidupan (the meanings of life). Definisi ini terjelma adalah akibat dari kesan kehidupan mereka yang bagaikan mesin! Waktu pagi keluar bekerja. Jam lima, pulang ke rumah, kemudian bersama-sama dengan keluarga. Aktiviti rutin ini menyebabkan mereka tidak dapat melihat di manakah nilai kehidupan yang sebenar? Malah mereka juga merasakan kehidupan ini amat sukar kerana terpaksa mencari harta yang banyak bagi memastikan kehidupan dapat diteruskan dengan selesa. 

Apabila melalui kehidupan yang begitu rumit, mereka mula berfikir. Adakah kita ini dilahirkan di muka bumi ini untuk mengisi ruang kosong sektor pekerjaan? Adakah kita lahir ini untuk menjadi seorang kerani, office boy, pekerja kilang dan sebagainya? Adakah itu tujuan sebenar kehidupan?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Intelligence Environment

Dunia Barat telah meletakkan satu ukuran yang mana ianya sukar bagi dunia lain untuk meletakkan diri mereka setaraf dengan perkembangan

Close