Saya nak derma dengan pahala banyak …
Baru-baru ini saya bertemu dengan seorang rakyat Cina yang pernah duduk di Arab Saudi dan kini bekerja di California. Beliau amat brilliant dalam menggunakan ilmu programming , marketing dan ilmu agamanya dalam menyampaikan dakwah. Beliau baru-baru ini mencadangkan saya memahami lebih lanjut The Tipping Point. Beliau menggunakan teori tersebut untuk dakwah yang dilaksanakan kini. Saya akan berkongsi dalam artikel baru saya ‘Siapa Sangka Saya Boleh Derma 1 Juta?’ Tunggu…
Read More

Saya baru sahaja habis menduduki peperiksaan Ulum-ul-Quran. Agak berdebar-debar kerana sudah hampir 5 tahun meninggalkan dunia peperiksaan. Dan hari ini perlu menduduki peperiksaan 2 jam untuk subjek tersebut. Alhamdulillah ia dapat disiapkan dalam masa sekitar 1 jam. Keputusannya? Moga Allah mengurniakan kejayaan cemerlang. Ameen. Sempat sambil membaca dan mengulangkaji pelajaran, saya berdiskusi dengan Umm Hajar.Umm Hajar kata: "Imam Muhammad ash-Shareef kata bahawa mazhab dan banyak ilmu dahulu masih kekal kerana anak murid si tok guru. Kalau anak muridnya bagus, maka kekallah mazhab atau apa yang dibawa oleh si guru." Tetapi kalau si anak murid kurang aktif dan tersebar ke seluruh dunia, ia akan terperap dan jadilah seperti mazhab Imam Haramain – yang agak kurang terkenal berbanding mazhab Imam Malik, Imam Shafi’e, Imam Ahmad b Hanbal dan Imam Abu Hanifah.