MESTI KAYA MESTI IMAN
Bismillahirahmanirrahaim
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah kerana limpah dan rahmatnya telah member ruang dan luang yang amat luar biasa jika kita benar-benar renungi dan difikirkan. Cuba kita renungkan bermula dari diri kita sendiri, lihat pada tangan anda, jari jemari, lalu kita menggerakkannya. Menyentuh, memegang dan membuat pelbagai aktiviti yang akhirnya kita mampu merasai semua nikmat melalui tangan tadi. Melalui tangan, jari, kita sudah mampu merasakan lembut, kasar dan pelbagai lagi. Dengan jari sahaja, kita juga sudah mampu untuk menyuapkan nasi ke mulut kita dan menyebabkan kita kenyang. Subhanallah, semua nikmat ini tidak terhitung rasanya jika kita perhatikan satu persatu. Namun yang demikian, ini baru sahaja tangan, jari, belum lagi anggota badan kita yang lain seperti mata, telinga, mulut, lidah dan seluruh angota badan kita. Memang harus kita syukuri kerana ia adalah alat yang diberikan, dianugerahkan kepada kita agar menggunakannya untuk kperkara-perkara kebaikan.
Read More
