Apa perlu buat jika rasa amat banyak perlu dilaksanakan
Salah satu daripada perkara penting dalam kehidupan yang dinyatakan oleh Hassan al-Banna: ‘tugas yang ada amat banyak berbanding masa yang ada’. Lantas, ramai yang stres. Ramai yang tidak pasti mahu berbuat apa kerana terlampau banyak perkara yang difikirkan. Apa perlu dibuat pada tahap ini ?
- Guna teknologi
Kalau ada ramai individu yang perlu dihubungi atau disenarai pendek, gunakan software seperti ZOHO. Atau kalau banyak aktiviti yang perlu dilaksanakan dengan masukan daripada orang lain, gunakan Google Calendar. Atau kalau perlu track apa yang dilaksanakan oleh ahli kerja lain, gunakan Google Docs atau pelbagai software yang ada. Kalau banyak perkara yang perlu ditulis, gunakan pelbagai perisian seperti Wiki. Ia amat membantu mengurangkan beban. Ada perkara yang ingin diguna sekarang. Tetapi bukan semua perlu dibina hari ini dan siap hari ini. Sila perhatikan item no 5 nanti.
- Kongsi idea bersama circle of influence
Rakan-rakan yang rapat perlu tahu apa yang anda buat. Gunakan mailing list, Facebook atau apa sahaja untuk berinteraksi dengan rakan-rakan anda. Beritahu mereka apa yang anda sedang buat sekarang kerana kalau bukan sekarang, kawan anda membantu anda mungkin pada masa akan datang. Beritahu kepada klien anda yang lepas tentang apa yang berlaku dengan newsletter atau blog. Beritahu dan kongsi kerana kita tidak tahu manakah yang akan memberi kesan dan menarik perhatian. Fokus kepada projek sekarang dan kongsikan sebanyak mungkin. Siapa lagi yang akan berkongsi kecuali ANDA
- Delegate
Perlu belajar kemahiran delegate dalam melaksanakan kerja. Ia adalah satu proses yang bermula dengan training dan diikuti coaching dan onsite training.
- Latih pelapis
Tidak ada aset yang lebih penting daripada membina pelapis untuk apa-apa sahaja yang anda laksanakan. Ini ialah kaedah Nabi untuk memastikan penerusan legasi beliau.
- Bina sistem yang kemas
Rancang dan laksanakan. Tanpa perancangan yang baik, semua perkara adalah penting. Dengan perancangan, ada perkara yang perlu diletakkan prioriti dalam jadual dan perancangan. Apabila ada sistem yang kemas, kita tidak cepat melatah dan terpengaruh dengan ‘event’ baru tetapi anda akan tetap ingin menyerap ilmu baru.
Semoga kita menjadi individu yang amat produktif dalam kehidupan.