Umum

Jika hidup terlampau cepat

Hidup ini memang laju. Memang cepat. Di akhirat nanti, apabila ditanyakan berapa lama kita hidup, ada yang berkata pelbagai jawapan. Namun yang pastinya, sehari atau kurang daripada sehari.

Mengapa sehari atau kurang sehari? Kerana tidak banyak yang boleh dilaksanakan. Kalau yang suka buat baik, tidak lama untuk buat baik. Kalau boleh ada lebih masa. Bagi yang suka buat tidak baik, tidak banyak masa untuk bertaubat. Kalau boleh diberi lebih masa untuk bertaubat dan bertaubat pada Allah.

Apa yang menjadikan ia perlahan? Bagaimana memperlahankan kehidupan ? Sumbernya dari spiritual. Dengan zikir dan amalan yang mengingati Allah. Jika kita banyak buat perkara yang hanya fokus mencari duit, mengejar ilmu dan bersosial tanpa asas yang baik mengingati Allah, hidup akan caca merba dan mudah ‘hilang pedoman’. Antara simptomnya ialah apabila diri rasa ‘tidak berharga’ atau tidak bersemangat dengan hari baru yang menjelma.

Mengapa ada yang solat, masih lagi terasa laju? Ini tidak lain tidak bukan kerana masa untuk berzikir atau bermanja dengan Allah masih tidak suci. Penuh dengan harapan ia segera habis dan ingin menuju kepada kesibukan harian semula. Inilah yang menyebabkan hidup menjadi laju. Malah dengan wujudnya teknologi, semua perkara cuba dilajukan. Internet laju, keretapi laju, makanan segera dan pelbagai aspek yang segera dan laju ini akan mendarah daging dalam diri kita kecuali bagi mereka yang dapat meletakkan semua perkara itu hanya di tangan, bukan menjadi bait zikir harian.

Perlu ada Mengapa dan Apa Apabila seseorang ada visi, ia tahu apa yang ingin dicapai. Kalau seseorang ada niat, dia tahu mengapa ia ingin mencapai sesuatu. Inilah kekuatan visi dan niat. Dalam bahasa Inggeris: Visionary Intent. Individu yang ada ‘visionary intent’ tidak terlepas pandang waktu zikir minimum. Pagi petangnya ada zikir. Malam siang ada zikir. Mengenakan pakaian ada zikir. Ada zikir pada banyak perkara. Zikir yang bukan sekadar menimbulkan kata ‘apa’ tetapi ‘mengapa’.

Dalam diri manusia, bila ada mengapa, inilah yang menyebabkan semangat motivasi datang berkobar-kobar. Kerana ada ‘mengapa’, bukan sekadar apa yang perlu dilaksanakan dalam kehidupan seharian. Semoga kita tergolong dalam kumpulan orang-orang yang tidak cepat letih, hilang sumber atau putus asa kerana sering alpa untuk mengingati-Nya. Wahai Tuhan Yang Membolak-balikkan Hati, tetapkanlah hati kami atas agamaMu dan ketaatan kepada Mu. Bantulah kami untuk mengingatiMu.

2 thoughts on “Jika hidup terlampau cepat

  • Wan Namidah Wan Abdullah

    A’kum,

    Satu peringatan yang baik. Kita selalu diperingatkan di jalan raya bahawa “Kelajuan Boleh Membunuh”.

    Artikel ini mengingatkan saya kepada peristiwa penting dalam hidup saya. Bilamana Allah menguji kita dengan kesakitan dan kepayahan, terasa jiwa semakin dekat denganNya kerana sentiasa mengharapkan penyembuhan dan keringanan beban dariNya sesegera yang mungkin. Hanya zikir dan selawat menjadi penawar yang lebih mujarab daripada ubat-ubatan. Tahniah dan terima kasih atas perkongsian ilmu ini.

    Reply
  • Salam alaik.
    Minta izin sebarkan artikel.
    Jzkk.
    🙂

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Harga Dan Potensi Diri

Ada satu ungkapan yang menyatakan “orang yang mengenal harga dirinya tidak akan binasa”. Mengapa? Kerana jika anda kenal diri anda

Close