Aku mahu bersyukur
Aku kian jelas
Mengapa aku perlu serius membina kehidupan
Meninggalkan anak yang soleh
Ilmu bermanfaat
Dan sedeqah jariah
Aku perlu usahakan itu semua
Di atas muka bumi ini
Kalau Abu Bakar tidak akan ketinggalan dalam berbuat amal
Pada setiap detik dan ketika
Maka detik dan ketika itu datang dalam bentuk SMS dari Allah dan Rasul
Apa sahaja yang diserukan
Menjadi panggilan untuk aku perbuat
Untuk aku syukuri
Ya Allah
Jangan sampai aku menjadi amat lambat
Membina anak soleh
Meninggalkan ilmu bermanfaat
Dan sedeqah jariah untuk semua
Aku tidak mahu aku terlambat mendapatkan anak yang soleh
Terlambat mengumpulkan harta untuk disedeqahkan
Dan tidak membina pelapis menyampaikan ilmu-ilmu yang aku pelajari selama ini
Aku perlu berazam
Untuk berbuat itu semua
Tidak ada pilihan
Kecuali hidup ini perlu diteruskan
Dengan kesungguhan
Dengan jihad anfus dan amwaal
Aku tidak ada pilihan
Anda juga!