Kemahiran akal sudah memadai
Tidak lain tidak bukan, al-Quran dan as-Sunnah tidak dijadikan landasan kerana keterbatasan kefahaman. Bab berfikir pun lemah! Itu sebabnya teknik berfikir perlu dipelajari dengan baik agar apa yang dibuat seharian paling kurang menggunakan akal yang jelas dan waras. Dengan adanya al-Quran dan as-Sunnah, kepastian untuk kejayaan itu akan berlipat kali ganda.
Perhatikan sumber panduan anda
Satu perkara yang perlu diberi perhatian dalam hidup, apa-apa sahaja panduan yang ingin kita gunakan, ia perlulah merujuk kepada sumber yang sahih – tentunya dari Pencipta agar apa yang dilaksanakan itu bertepatan dengan a-Quran dan as-Sunnah. Kalau tak de panduan al-Quran dan as-Sunnah, bertanyalah kepada orang yang lebih mengetahui. Kalau tak tahu atau tak sempat, gunalah akal yang boleh berfikir secara menyeluruh dan benar.
