Umum

Visionary Intent: Lebih Daripada Keuntungan

Ideologi & Keuntungan.

Kita diajar melalui doktrin silibus university dan sekolah perniagaan bahawa objektif utama sesebuah perniagaan didirikan adalah untuk ‘memaksimumkan keuntungan para pemegang sahamnya’ atau ‘memaksimumkan keuntungan’. Maka keseluruhan ahli syarikat akan berusaha untuk mencapai matlamat ideologi utama syarikat mereka itu. Berbanding dengan syarikat yang memiliki wawasan yang ingin dicapai, keuntungan juga menjadi perkara utama, tetapi keuntungan bukan satu-satunya keutamaan.

Syarikat yang berwawasan digerakkan dengan satu keperluan membina perubahan mengikut ideologi dan tujuan kewujudan syarikat tersebut dalam masyarakat.

Memang keuntungan juga menjadi arah tuju syarikat yang berwawasan. Keuntungan menjadi satu sebab sesebuah syarikat mampu meneruskan kehidupannya. Ianya ibarat makanan atau oksigen, yang tanpanya, kehidupan akan mati. Tetapi tujuan hidup ini bukanlah untuk sekadar makan atau menghirup oksigen.

Syarikat yang berwawasan sedar akan hal ini, maka selain keuntungan untuk mempertingkatkan kekayaan, keuntungan juga digunakan untuk membantu melicinkan pergerakan wawasan dan tujuan kewujudan syarikat mereka.

Seirama Keuntungan DAN Ideologi.

Syarikat yang berwawasan melihat keuntungan dan ideologi boleh bergerak seirama tanpa perlu mengorbankan salah satunya. Malahan didapati syarikat yang mempunyai ideologi selain untung, dapat menjana keuntungan yang lebih besar daripada syarikat yang hanya menjadikan keuntungan sebagai ideologinya.

Hasilnya mungkin tidak terlau jelas secara fizikal atau intelek untuk membuktikan dengan menetapkan tujuan syarikat mengejar ideologinya, akan menjadikan syarikat itu lebih untung, tetapi ia adalah sesuatu yang amat berbaloi untuk diusahakan.

Mungkinkah syarikat boleh terkorban ketika mengejar misinya berbanding mengejar keuntungan? Ya, mungkin juga. Setiap perniagaan memerlukan strategi, tanpa strategi yang bagus apa jenis perniagaan pun akan hancur. Mengejar misi adalah satu perkara, dan melaksanakan dengan berstrategi adalah satu lagi perkara. Lebih dari itu pula jika ianya berlaku, terkorban ketika melaksanakan misi itu lebih bermakna daripada mendapat keuntungan dengan mengorbankan orang lain.

Allah Maha Kaya memveri kepada sesiapa yang dikehendakinya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Penjajahan bentuk PIES

Penjajahan PIES Saya berborak dengan  Yahoo Messenger dengan seorang rakan yang masih di Mesir. Keadaan di Mesir bergejolak dengan demonstrasi

Close