Umum

Mahu Dasar MEB Lebih Realistik.

Perdana Menteri Malaysia baru mengumumkan mengenai Model Ekonomi Baru (MEB) pada persidangan Invest Malaysia 2010. Perlaksanaannya masih tidak begitu jelas yang mana cara untuk mencapainya hanya akan diumumkan pada bulan Jun 2010 dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh.

Secara dasarnya MEB menyasarkan ekonomi berpendapatan tinggi. Purata pendapatan isi rumah sehingga RM 49, 000.00 setahun. Ini akan digerakkan melalui stratergi pembangunan ekonomi berasaskan Ekonomi Berasakan Pengetahuan.

Namun cabarannya disini ialah, bagaimanakah ekonomi berasakan pengetahuan ingin digerakkan jika 80% daripada tenaga kerja di Malaysia hanya mempunyai taraf pendidikan menengah, SPM sahaja?  Dan pasaran tenaga kerja sedia ada pula sangat lemah dalam aspek interpersonal skill yang membantutkan produktiviti mereka.


Kelemahan utama yang digariskan oleh Bank Dunia keatas tenaga kerja Malaysia ialah:-

  1. Kurang kemahiran teknologi maklumat.

  2. Lemah kemahiran teknikal.

  3. Kurang daya kreativiti dan inovasi.

  4. Tidak fasih berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.

Kelemahan interpersonal dan soft-skill terjadi apabila graduan hanya mementingkan akademik dan peperiksaan semata-mata. Mereka tidak mempunyai inisiatif untuk terlibat dalam gerakan pelajar atau persatuan yang boleh memberi nilai tambah kepada mereka.

Ini penting untuk mereka memperbaiki nilai emosi dan spiritual yang sebahagian besarnya tidak boleh diajar secara teori. Sebab itulah ramai yang kaku apabila berhadapan dengan cabaran sebenar alam kerjaya.

Ramai yang boleh bekerja tetapi tak ramai yang boleh bekerja dengan hebat. Produktiviti seseorang ditentukan dengan kesedaran dan keinginan peribadi untuk berjaya. Ianya digerakkan oleh minda yang telah diprogram bahawa untuk berjaya, individu perlu melakukan kerja seperti mereka telah mencapai tahap kejayaan itu. Individu yang telah berjaya tidak melakukan kerja dengan cincai, caca merba dan penuh kelesuan.

Maka sasaran MEB itu menjadi sungguh tidak realistik jika pendidikan diapandang enteng. Pendidikan disini bermaksud penyatuan semua aspek fizikal,intelektual, emosioanl dan spiritual. Ianya berbeza dengan belajar-yang hanya melibatkan intelektual.

Untuk memperbaikinya satu inisiatif memperkukuhkan modal insan secara menyeluruh perlu dibina. Kecemerlangan organisasi amat bergantung kepada kecemrlangan individu. Pembinaan individu bermula dengan membawa mereka mengenal potensi hebat yang ada dalam diri dan seterusnya dapat memberi sumbanga kepada organisasi dan masyarakat.

Mewujudkan Suasana Pisang Goreng Panas.

Syarikat multinasional luar seperti tidak berselera besar untuk melabur di Malaysia kerana faktor yang dinyatakan diatas. Kalau ada pun mereka akan meletakkan kilang-kilang pemprosesan yang diisi oleh tenaga kerja separuh mahir. Pejabat pengurusan serantau pula akan diletakkan di negara Singapura.

Bagaimana mahu mencipta ruang pasaran kerjaya yang berpermintaan tinggi di Malaysia? Stratergi yang mudah ialah dengan menterbalikkan semua kelemahan tersebut menjadi kekuatan. Ianya akan menjadi :-

  1. Kemahiran tinggi menggunakan teknologi maklumat.

  2. Effisien dengan kemahiran teknikal.

  3. Daya kreatif dan inovasi tinggi.

  4. Amat fasih berkominikasi dalam bahasa Inggeris.

Bayangkan perkara ini terlaksana, pasti negara-negara luar berebut untuk membuka tapak dinegara kita. Kita mungkin kalah dari segi infrastruktur dan material, tetapi jika idea dan pemikiran kita mantap, tidak ada sebab kita tak boleh lebih berjaya daripada pesaing-pesaing diluar sana.

Jadi kita sudah ada matlamatnya. Yang perlu difikirkan sekarang adalah bagaimana mahu mencapainya. Ianya tidak boleh digerakkan secara bersendirian. Semua pihak yang cintakan negara perlu mempunyai inisiatif tersendiri merangka stratergi di peringkat masing-masing.

Bagi tanggungjawab nasional, kerajaan perlu menitikberatkan pembinaan modal insan melalui institusi pendidikan. Macam yang telah dinyatakan diatas, sektor pendidkanlah satu-satunya tempat bagi kita membina generasi yang hebat. Jika ini dapat dibina maka tiada kebimbangan untuk Malaysia mencapai negara maju yang lebih baik daripada jiran-jirannya.

Insya Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Hadapi Apa Yang Orang Lain Tak Mahu Hadapi

1. Bagi individu yang mahukan kejayaan yang besar, cabaran yang bakal dihadapi juga semakin besar. Cabaran adalah satu ujian untuk

Close