Spiritual Traveler
Satu fakta yang menarik lagi yang berlaku di barat ialah mereka sanggup melakukan apa sahaja demi memuaskan dan membasahkan kekeringan nilai spiritual mereka
Menurut CNN 10 Mei 2000, ribuan masyarakat di Barat menyeru panggilan mistik dengan meninggalkan rumah, kekayaan, perniagaan dan sebagainya untuk pergi mengunjungi tempat-tempat ‘suci’ di dunia! Bilangan yang dicatatkan ialah seramai 13 juta pengunjung telah melawat Kota Assisi di Itali, tempat kelahiran St. Francis dan gereja Basilica. Begitu juga di tempat yang lain seperti Dome if the Rock di Jurussalem dan sebagainya.
Apakah ertinya semua ini? Bukankah ianya menunjukkan bahawa ianya satu tujuan yang akhirnya manusia di dunia ini akan pasti tunduk dan akur kepada penciptaNya?
