Siri Penulisan Pengurusan Kehidupan dari Surah al-Kahf
Surah al-Kahf adalah surah yang berada di tengah-tengah al-Quran – satu surah yang menyiapkan diri seseorang untuk menghadapi kehidupan penuh pancaroba zaman pasca modernisme. Banyak perkara yang boleh diperhatikan daripada surah ini untuk menjadi asas dalam kehidupan.
Insha-allah siri penulisan pengurusan kehidupan dari Surah al-Kahf ini akan memfokuskan beberapa aspek dan kaedah:
- Ia akan memuatkan teknik bagaimana menghadapi pancaroba ini
- Ia akan dikaitkan dengan sistem nilai, cara pandang dan kepercayaan dalam menghadapi cabaran
- Pelbagai senario dan contoh praktikal akan dibawakan untuk memahami isi kandungan kisah ini.