Siapa rakan untuk kita mencari alternatif ke-3 dan langsung ke-4?
S:Apabila kita ada MS, dengan siapa perlu kita perlu mencari YS untuk ke arah OS? Atau hanya tunggu? Atau usaha ?
J: Sudah tentu dengan matlamat hidup yang jelas, MS sahaja tidak memadai. Makin besar legasi yang ingin dibina, makin perlu kepada OS yang merujuk kepada HS.
Jika kita mengambil pendekatan Solusi 1-3, ia akan menyebabkan
Solusi 1: Saya ada solusi
Solusi 2: Saya yakin kamu ada solusi
Solusi 3: Kita pasti ada solusi yang hebat.
Namun apakah cabaran dari solusi 1 kepada solusi 2? Kita perlu berinteraksi dengan individu lain.
Banyak sumber yang boleh kita jadikan sebagai individu.
Rakan manusia
Kita boleh sahaja merujuk kepada Facebook atau SMS rakan yang dekat untuk mendapatkan input mereka tentang Solusi 2 lantas di bawa ke-3.
Rakan buku atau internet
Buku juga mampu menjadi kawan walaupun ia tidak berinteraksi dengan kita secara manusiawi. Apabila ada buku atau internet, baca dan ‘dengar’ kepada apa yang dibaca tersebut. Bagi individu yang kurang bersabar, ia akan merasakan buku dan internet ini ‘melambatkan’. Alangkah mudahnya kalau semua orang ada ustaz di tepi setiap hari bagi menjawab sebarang persoalan yang ada.
Sebenarnya jika perkara ini diamalkan dari kecil, ia akan menjadi satu amalan untuk menyampaikan tazkirah kepada orang ramai.
