Setelah berlabuh My #QuranTime 1.0

MQT 1.0 ialah satu program di TVAH yang mengumpulkan ramai pencinta Quran pada pelbagai peringkat. 8 Okt 2022, ianya berlabuh secara rasmi. Sudah tentu ada kesayuan dan kegembiraan dalam mensyukuri proses 2 tahun 8 bulan ini. Allahu Akbar.

Apakah perasaan saya? Sudah tentu bercampur baur. MQT 2.0? Tidak pasti masih menjadi pentadabbr tetap kerana merasakan ilmu ini amat cetek untuk meneruskan fasa atau pusingan kedua kali ini.

Saya merasakan mahu duduk diam-diam, menyemak kembali apa yang sudah diobrolkan selama 838 episod lepas termasuk apa yang dikongsikan oleh Dr Sanusi dan pentadabbur lain.

Menjadi pentadabbur bukan mudah

Untuk kekal selama 838 episod berinteraksi dengan kalam Allah, ianya adalah amat menakjubkan kuasa Allah. Saya bukan dari latar belakang agama seperti ramai ustaz dan ulama yang ada. Namun dengan bekalan ‘keinginan untuk mendalami Quran’, ianya menjadi asas kepada semua itu. Sudah tentu ada doa ibu ayah dan sahabat yang menjadikan perkara ini realiti.

Subhanallah. Subhanallah. Subhanallah.

Itu sahaja perkataan bila saya menyaksikan lebih 6000 orang berkumpul pada 8 Okt 2022. Subhanallah. Siapalah saya untuk memberi manfaat kepada seramai ini. Namun Allah yang menentukan. Rasa diri ini amat kerdil apatah lagi dengan kekurangan dan kesilapan saya yang banyak untuk menuturkan bait tadabbur pada kalam Allah.

Saya memohon ampun yang banyak pada Allah kerana memberi peluang ini.

Terima kasih atas doa semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Wakaf Produktif, Wakaf dan Sedekah

Saya baru balik dari Bogor. Saya belajar pasal Wakaf. Ada Wakaf Produktif, Ada Wakaf Qardhul Hasan. Apa yang saya belajar,

Close