Apa khabar legasi ?

2022 sudah hampir di penghujung. Masa berlalu pantas. Ia tidak mengira siapa. Ia tetap akan meninggalkan kita sebelum kita meninggal dunia.

Saban waktu, kita perlu muhasabah dan melihat pada diri. Apakah saya sudah maju ke depan dan membuat persediaan untuk hidup di akhirat nanti dengan bahagia. Ia perlukan pengorbanan. Pengorbanan memerlukan ilmu agar tidak terkorban di tengah jalan. Ilmu amat penting seperti lampu di tengah kegelapan di tengah hutan kehidupan. Jika tidak, kita mudah tersungkur.

Ada legasi kita rancang A jadi B. Ada dirancang B jadi K. Begitulah perancangan manusia. Namun itu tidak menafikan perancangan ke depan. Yang merancang ada niat. Niat yang baik tetapi dibalas Allah.

Moga kita menjadi orang yang sentiasa berniat dan berdoa dengan cara terbaik dengan selalu minta Allah ajarkan doa terbaik.

Allah sudah menjelaskan sesiapa yang banyak berdoa, akan dipimpin ke jalan lurus (2:186)

One thought on “Apa khabar legasi ?

  • November 6, 2022 at 7:12 am
    Permalink

    الحمدلله

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Setelah berlabuh My #QuranTime 1.0

MQT 1.0 ialah satu program di TVAH yang mengumpulkan ramai pencinta Quran pada pelbagai peringkat. 8 Okt 2022, ianya berlabuh

Close