Potensi Alia
Alia 8 tahun
Doodle sendiri. Ini hasilnya.
Beliau mendengar tentang Surah an-Naml. Ini hasilnya.
Ini catatan ibunya
Parenting Journey: Alia Amani
Alhamdulillah, segala puja dan puji bagi Allah swt yang mengizinkan kami dua beranak musafir bersama.
Sebelum menyertai Edu Tour, gusar hati memikirkan andai Alia tidak mampu mengawal dirinya semasa di dalam kelas Tadabbur dan Hafazan atau menganggu para peserta lain.
Maka mamanya pun menyiapkan peralatan mewarna dan melukis dengan harapan Alia boleh duduk semasa kelas berlangsung..
SubhanaAllah, rupanya ada hikmah besar apabila mama mula menyedari lukisan Alia semakin jelas dan warna2 yang dipilih semakin baik . Di sini juga Alia menghasilkan doodles yang pertama dengan hanya melihat Kak Roziah melukis dan hasilnya Alia boleh melukis doodle sendiri dalam masa kurang dari 10 minit..
sungguh nikmat Tuhan yang mana lagi ingin didustakan?