Umum

Perjalanan ke Umrah – apa panduan saya ?

Kali ini kali ke-3 saya insha-allah akan menunaikan Umrah selain Umrah semasa Haji. Wajibnya sekali sahaja. Sudah tentu kali ini, insha-allah apabila diizinkan Allah untuk pergi, saya perlu ada azam baru untuk memanfaatkan peluang ke sana.

Apakah yang boleh dimanfaatkan?

  • Perlu buat kajian awal lokasi, sirah dan surah untuk dimuatkan dalam buku panduan jemaah Umrah
  • Bantu orang yang pertama kali pergi dalam jemaah nanti
  • Gunakan masa di sana untuk membanyakkan ibadah dan doa
  • Cari ruang untuk berkongsi tadabbur ayat setiap kali sebelum, semasa dan selepas menunaikan Umrah agar bukan sahaja yang pergi dapat manfaat tetapi juga kepada mereka yang tidak pergi.

Saya sasarkan Surah al-Insaan akan menjadi bacaan, kefahamanan, hafazan dan amalan semasa Umrah kali ini.

Setiap kali Allah jemput, harapnya surah berbeza dapat direnungi secara mendalam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
STEP BASE dalam menjadi Ihsan

Setiap hari, perlu diisi dengan STEP BASE untuk memastikan proses kita menjadi ihsan dapat dicapai. Ini ialah kajian dari ayat-ayat

Close