Umum

Bagaimana Imarah Masjid?

Dalam sesi yang akan saya bawa pada 2 Feb 2022, tajuk tadabbur ialah Pengimarahan Rumah Allah.

Dalam Quran, sebanyak 27 kali berulang kata akar ain-mim-raa

Salah satunya pada 9:18

Hanyasanya Yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang Yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat Yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan Yang mendapat petunjuk.

Surah at-Taubah 9:18.

Selain itu, 2:96 bercakap tentang Umur yang perlu diisi dengan perkara menuju akhirat, bukan sekadar dunia

Demi Sesungguhnya Engkau (Wahai Muhammad) akan dapati mereka itu setamak-tamak manusia kepada hidup (yang lanjut masanya), dan (lobanya mereka kepada hidup itu) melebihi loba orang-orang kafir musyrik. tiap-tiap seorang dari mereka suka kiranya ia boleh hidup seribu tahun, padahal umur panjang Yang demikian, tidak akan dapat melepaskannya dari azab (yang disediakan oleh Allah). dan (ingatlah), Allah sentiasa melihat akan apa Yang mereka lakukan.

Surah al-Baqarah 2:96.

Ketika Umrah dan Haji, ayat ini terkenal 2:158

Sesungguhnya “Safa” dan “Marwah” itu ialah sebahagian daripada Syiar (lambang) ugama Allah; maka sesiapa Yang menunaikan Ibadat Haji ke Baitullah atau mengerjakan Umrah, maka tiadalah menjadi salah ia bersaie (berjalan Dengan berulang-alik) di antara keduanya. dan sesiapa Yang bersukarela mengerjakan perkara kebajikan, maka Sesungguhnya Allah memberi balasan pahala, lagi Maha mengetahui.

Surah al-Baqarah 2:158.

3 ayat ini ialah daripada 27 yang tersenarai dari Quran.

إِذَا رَأَيْتُمُ الرَّجُلَ يَعْتَادُ الْمَسْجِدَ فَاشْهَدُوا لَهُ بِالْإِيمَانِ

Maksud: “Bila kamu sekalian melihat seseorang yang sentiasa pergi ke masjid maka persaksikanlah keimanan untuknya.”

Riwayat al-Tirmizi (1060), Ibn Majah (802) dan Ahmad (3/68)

بَشِّرِ الْمَشَّائِينَ فِي الظُّلَمِ إِلَى الْمَسَاجِدِ بِالنُّورِ التَّامِّ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

Maksudnya“Beri berita gembiralah kepada yang berjalan kaki membelah kegelapan malam menuju ke masjid-masjid dengan cahaya yang sempurna pada hari kiamat.”

Riwayat Abu Daud (561)

Kesimpulannya, masjid berfungsi sebagai:

  • Tempat pembinaan kerohanian.
  • Tempat pengukuhan sosial umat Islam.
  • Tempat pembelajaran dan pendidikan.
  • Tempat penghakiman dan membuat keputusan.
  • Tempat latihan ketenteraan.
  • Tempat bersiyasah atau penyampaian arahan pemerintah. (Lihat Mausu’ah Qadaya Islamiyyah Mu’asirah, 1/217-219)

Moga ia menjadi panduan untuk kita tadabbur bersama tentang konsep Imarah dan Umur dalam Quran.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Perjalanan ke Umrah – apa panduan saya ?

Kali ini kali ke-3 saya insha-allah akan menunaikan Umrah selain Umrah semasa Haji. Wajibnya sekali sahaja. Sudah tentu kali ini,

Close