Koleksi ST-GalleryPAKS

Pendakwah Air Kacang Soya 41

Alamak Lokman, Mat Saleh pula datang gerai kita ni. Korang berdua layan la ye. Abang dah lama tak speaking. Segan pula abang. Kena gelak je karang dengan Mat Saleh ni nanti” Kata Din

Saya pun tak berani la bang. Bukannya terer sangat nak speaking ni. Abang Nas layan la ye. Abang kan dulu masuk debat bahasa inggeris. Nanti saya dengan Abang Din siapkan apa yang dia nak beli” Kata Lokman pula. Nampaknya masing-masing saling memindahkan tanggungjawab kepada satu sama lain.
Nas hanya menggangguk. Tersenyum melihat telatah Lokman dan Din.
”Hello, good morning” Sapa warga asing itu.
“Good morning. Yes sir, may I help you?” Jawab Nas tenang dan yakin.
“Yes. Can you give me one chicken burger and soya bean?” Minta warga asing itu
“Ok, wait a minute. We’ll make it for you” Jawab Nas sambil
Din dan Lokman dengan cepat menyiapkan apa yang diminta oleh pelanggan mereka. Nas pula terus bersembang dengan pelanggannya itu. Setelah menerima bayaran, Nas mengucapkan terima kasih kepada pelanggannya itu.
”Ok sir, this is your order. Thank you. Please come again” Kata Nas
Ini merupakan kali pertama warga asing berbangsa inggeris datang ke gerai mereka. Din dan Lokman merasa agak takut untuk berinteraksi kerana tidak biasa berhadapan dengan warga asing.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Pendakwah Air Kacang Soya 8

<div style="margin-bottom: 0in"> <span>Setelah selesai mencatat, Din berkata &ldquo;Sekarang ni kita perlu cuba buat air kacang soya dalam bekas besar

Close