Merancang kualiti hidup

Ketika merancang untuk 3 bulan atau tidak sempat merancang, ia akan menentukan kualiti hidup kita.Diri ada elemen fizikal, intelek, emosi / sosial dan spiritual.Semua ini perlu dirancang dan dilaburkan masa sesuai untuk ia sihat dan seimbang.”Setiap insan adalah dalam kerugian, kecuali….”1. Beriman dan percaya tanpa dimanfaatkan usia yang berbaki, akan jadi sia-sia. Makin beriman, makin dilaburkan masa pada perkara bermanfaat. Asas manfaat ialah iman2. Beramal soleh. Susun jadual hidup agar dipenuhi aktiviti membaiki fizikal, intelek, emosi dan spiritual.3. Menasihati dengan kebenaran, fakta dan ada tujuan hidup. Jelas objektif 3 bulan, 6 bulan dan sampai ke akhirat. Tanpa jelas perkara ini, hidup seperti kapal tanpa nakhoda. 4. Menasihati dengan sabar. Melaksanakan projek 3 bulan memerlukan usaha optimum – itulah sabar. Ia memerlukan kerjasama sesama sendiri agar terus mencapai objektif hidup. Apakah objektif itu? Ia ada kaitan dengan apa yang kita lalui sebelum ini dan cabaran semasa yang melanda.

https://www.facebook.com/fazrul.ismail/posts/10223960698820955

#buildyourlegacy#ProjekMasa#BuildYourLegacy

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Merancang masa depan

Kalau kita tidak merancang masa kita, ia seperti ais. Ia tetap akan mencair. Ada yang cepat-cepat manfaatkan air ini menjadi

Close