Menyambut Ramadan dengan buku pelbagai
Saya ingin biasakan tabiat memberi komen buku yang saya beli selepas ini. Saya mengambil keputusan begini kerana ada beberapa buku yang saya beli sebelum ini tidak berbuka sampul plastiknya lagi. Ada buku yang saya lupa sudah dibeli atau tidak. Selain itu, kerana kurang output learning, ia menyebabkan sesuatu buku kekadang ‘dianaktirikan’ padahal ia bagus dan perlu menjadi rujukan. Saya ingin berkongsi buku menjelang Ramadan saya tahun ini.
Berikut ialah senarai bukunya.
1. Mencerdaskan Pikiran & Hati dengan Kemukjizatan Surah al-Kahfi
Berkaitan dengan fadilah tentang siapa yang membaca surah al-Kahfi maka baginya adalah cahaya. Difahami bahawa cahaya tersebut adalah dapat menerangi akal dan hati kita, sehingga barang siapa yang membaca surah al-Kahfi maka ia akan cerdas. Cerdas secara emosional dan spiritual. Dan setelah mereka cerdas secara emosi dan spiritual, diharapkan mereka boleh cerdas secara finansial. (Muhammad Makhdhori)
Surah al-Kahfi erat kaitannya dengan wawasan tentang ilmu, manfaat ilmu dan objek ilmu. Dalam surah ini, Allah juga menyajikan dengan amat jelas tentang pelbagai persoalan penting, seperti peringatan terhadap orang yang sesat dan derhaka, dan hikmah atau pelajaran yang berharga dari kisah yang sangat menarik.
2. Latihan Merasakan Getaran Bacaan al-Quran (Muhammad Furqan alFaruqiy)
Buku ini saya beli kerana ingin mengetahui isi dalamnya yang berkaitan dengan Quran dan bagaimana ramai imam serta individu yang membaca Quran mampu mengalirkan air mata. Ia pasti hasil getaran mendengar nama Allah dan bertambah iman selepas membaca ayat Quran. Inilah yang disentuh oleh penulis dalam buku ini.
Dalam buku ini, penulis membawakan beberapa nama yang terkesan dengan Quran lantas memilih Islam: Yusuf Islam, Murad Hoffman, Dr Jeffrey Lang dan Nuh Ham Mim Keller.
Hal yang sangat menarik adalah bahawa orang-orang yang mengalami getaran bacaan al-Quran tidak semuanya berawal dari keimanan atau keislaman. Ini yang berlaku kepada Umar dan ramai individu sekarang. (Penulis)
*******
2 buah buku sudah saya catatkan. Buku seterusnya akan saya catatkan selepas ini insha-allah