Mengapa ST Gallery berubah wajah?
Antara konsep yang ingin dibawakan ialah:
- Bahasa Melayu – ST Gallery akan memuatkan artikel dan isi dalam bahasa Melayu. Proses ini memakan masa tetapi kami mengharapkan ia berjaya dan memudahkan pembaca-pembaca bahasa Melayu yang hadir ke web ini.
- Bahasa Inggeris – bagi artikel atau tulisan berbahasa Inggeris, ia akan dimuatkan dalam laman berlainan . Laman berbahasa Inggeris tersebut akan memfokuskan kepada literature review untuk tajuk Pemikiran Sistemik. Jadi di laman bahasa Melayu, artikel yang ditulis adalah lebih santai berbanding bagi laman bahasa Inggeris.
- Laman pautan pilihan – lebih banyak link pautan pilihan akan disertakan di sini. Ia termasuk laman-laman blog yang saya selalu lawat dan baca.
- Senarai komen – setiap komen pada artikel akan dipaparkan di bahagian hadapan laman ini.
- Lebih banyak fungsi-fungsi tambahan yang akan ditambah dari semasa ke semasa.
Jika anda ada cadangan untuk memajukan web ini, sila maklumkan kepada saya di info@st-gallery.com .
