Mahu mangga atau biji mangga?

Halaman 23 Surah al-Baqarah
QS 2:152-153 Kalimah (فَٱذۡكُرُونِيٓ أَذۡكُرۡكُمۡ ) (وَٱشۡكُرُواْ لِي وَلَا تَكۡفُرُونِ) (بِٱلصَّبۡرِ وَٱلصَّلَوٰةِۚ )

Ingat semula tentang pemberian nikmat dari Allah.

Salah satu kebesaran Allah adalah menciptakan kita, tetapi ayat ini hadir selepas ayat berkaitan Rasul dan Kitab. Maksudnya, kita perlu ingat betul-betul bahawa Allah telah mengurniakan kita antara nikmat terbesar iaitu Rasul dan Al-Quran.

Jika ada orang beri hadiah biji mangga, berapa biji kita nak? Andai diberi pilihan biji atau buah mangga, mana yang menjadi pilihan? Sudah tentu, kita akan pilih buah sebab boleh makan terus. Jika kita pilih biji mangga, ianya akan makan masa sebab kena tanam dan tunggu dulu. Namun jika kita cukup tabah menanam benih ini, ia akan menghasilkan manfaat yang banyak.

Apabila bercakap tentang biji ada kaitan dengan tanah.

Ada tiga jenis perkara yang perlu disiapkan pada tanah untuk ditanamkan satu benih. Benih yang kita ingin tanam dan semai disampaikan dalam ayat 153 Surah al-Baqarah.

Perkara pertama, tanah kita perlu banyak berzikir ( فَٱذۡكُرُونِيٓ أَذۡكُرۡكُمۡ) ,Ingatlah kepada Allah dan Allah akan ingat setiap daripada kita semua. Contohnya, anak kita di sekolah. Tiba-tiba guru besar maklumkan, diumumkan Adam untuk naik ke pentas kerana mengikuti My Quran Time setiap hari. Apabila anak itu disebut namanya, dia akan rasa bangga dan ini adalah satu penghargaan daripada Allah buat kita apabila kita ingat kepada Allah dan Allah ingat kepada kita.

Perkara kedua,

(وَٱشۡكُرُواْ لِي وَلَا تَكۡفُرُونِ) , Bersyukurlah kepadaKU dan jangan kufur. Ayat ini hadir selepas bercakap tentang nikmat kiblat, Al-Quran dan Rasul. Ingat kepada Rasul, ingat kepada kiblat (solat), ingat kepada Al-Quran ini sebenarnya tanda Allah ingat kita. Apabila kita bersyukur dengan segala nikmat ini, Allah cakap, bersyukurlah dan jangan kufur.
.
Jangan sesekali kita kufur dengan nikmat-nikmat yang dikurniakan kerana ini ciri tanah yang penting.


Perkara yang ketiga, ciri tanah seterusnya yang perlu ada adalah sabar (بِٱلصَّبۡرِ وَٱلصَّلَوٰةِۚ ). Apabila ada sabar dan benihnya solat, maka nanti dia akan jadi pohon yang tinggi, rendang, menghasilkan buah, manfaat mangga itu tadi sedap kepada seluruh alam.

Jika kita ingin terus mendapat manfaat dan pertolongan daripada Allah, Allah menyatakan dalam ayat 153, sabar dan biji benih pentingnya adalah solat.

Zikir + Syukur + Sabar adalah formula tanah terbaik dari seorang insan. Ia akan menyebabkan benih solat dapat tumbuh merendang. Apa jadi kalau zikir, syukur dan sabar tidak disediakan? Benih terbaik tidak mampu untuk menjadi pokok apatah kalau mengharapkan mangga yang manis.

Solat ini jangan dipandang ringan kerana ia hadir dengan perjuangan. Al-Quran yang kita baca dalam solat juga adalah berdasarkan perjuangan.

Dalam solat kita baca satu surah yang wajib dibaca iaitu Surah Al-Fatihah atau nama lainnya adalah As-Solah.

Tanda kita betul-betul membaca dengan nama Tuhan adalah kita (وَٱسۡجُدۡۤ وَٱقۡتَرِب), kita sentiasa sujud dan mendekatkan diri kita kepada Allah SWT.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Mangga itu tidak sama

Halaman 22Surah al-Baqarah QS 2:143Kalimah (وَسَطٗا ) Umat Pertengahan berkaitan dengan Keseimbangan Hidup Dalam ayat 143 Surah al-Baqarah, ia menekankan

Close