‘Li’ dalam ayat 2:2
Apakah kepentingan li dalam ayat 2:2? Ada sesetengah terjemahan meletakkan maksud ayat 2:2 ini sebagai
“Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya ia dari Allah dan tentang kesempurnaannya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa”.
Adakah li dimaksudkan MAHU? Atau orang yang bertaqwa itu perlu mempunyai ciri MAHU? MAHU ini sama dengan yuriid atau yasha’ ?
Dalam Quran Corpus, dinyatakan bahawa li ialah prefixed preposition.
Menurut Islahi, perkataan ‘li’ dalam ayat Surah al-Baqarah ayat 2 adalah seperti berikut:
The preposition li before the word muttaqin is indicative of an act of benefiting; that is, only the righteous will benefit from this book. Although this book has been revealed as a guidance for all, it will really benefit only those who have the fear of Allah in their hearts. This is emphasized by the words ‘it is a guidance for the righteous.’
Mahu mengambil manfaat
Daripada komentar di atas, ia sebenarnya berkaitan individu yang mahu mengambil manfaat. Hidayah dari al-Quran ini untuk semua manusia, namun yang benar-benar mahu mengambil manfaat akan mendapat manfaat. Ramai para cendekiawan yang mahu mengkaji, membaca, membahas dan menulis tentang hidayah al-Quran. Namun mahu ini tidak cukup. Mahu yang dinyatakan oleh Islahi ialah mahu mengambil manfaat – kerana inilah ciri orang yang beriman. Memanfaatkan tazkirah dan peringatan dari Allah.
51:56 Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman.
Apabila makanan sudah terhidang, ada yang tidak mahu mengambil manfaatnya. Kerana dirasakan lapar atau kerana mahu masuk tandas. Apabila sesuatu lain yang lebih penting daripada mengambil manfaat makanan tersebut, ia tinggal begitu sahaja di atas meja.
Quran itu amat lazat, namun hanya orang bertaqwa mampu menghargainya setiap masa.
Semoga kita mahu dan mampu mengambil manfaat dari al-Quran yang diturunkan oleh Allah.