Jalur nilai dan perundangan
Nilai baik ada dalam Quran
Perundangan juga ada dalam Quran
Ketika kita berhati-hati di jalanraya, tali pinggang keledar dan lampu merah perlu diperhati.

Jika ini tidak diperhatikan, kesannya banyak nilai yang baik akan hancur. Jika peraturan ada tanpa nilai, ia akan menyebabkan lahir pemandu tanpa perasaan pada makcik tua melintas di jalan padahal lampu sudah bertukar menjadi hijau.
Taurat membawa perundangan
Zabur membawa nilai memuji Tuhan
Taurat + Zabur amat penting untuk menghidupkan hati manusia yang hidup di atas muka bumi ini.
Yahudi terkenal dengan Taurat yang menitikberatkan perundangan sampai keras hatinya. Nasrani terkenal dengan kasih sayang Jesus Christ sampaikan tidak kisah pada kebenaran dan perundangan. Kita tidak mahu jadi ekstrem nilai dan perundangan.
Kesan kepada kehidupan
Nilai ini membawa kepada tasauf atau akhlak. Peraturan ini membawa kepada fiqh ibadah. Tanpa dua ilmu ini, maka akan rosaklah manusia.
Nilai ini membawa kepada NGO dan pendidik. Peraturan pula memerlukan hakim, peguam, polis dan penguatkuasa.
Maka kini nilai dan peraturan akan berdamai. Tidak lagi benci kepada sumber peraturan – menyusahkan dan asyik menyatakan kesilapan orang. Dalam masa yang sama, tidak lagi benci kepada nilai kerana asyik mahu jadi baik sahaja. Dua-dua inilah yang ditemukan dalam Quran.
