Umum

CASIC dan 7 Habits

Apakah kaitan CASIC dan  Habits? Berikut dinyatakan amalan dalam CASIC dan kaitannya dengan hasil penulisan dari Stephen R Covey (SRC). CASIC mewakili connect, acknowledge, serve, inquire & choice.

Connect

Be Proactive – Jika menurut SRC, seseorang perlu bertindak proaktif.

Dalam Connect, Perlu ada Usaha untuk Berhubung dengan Baik – Persekitaran, Manusia dan Pencipta. Tidak menjadi reaktif dengan hanya bertindak tanpa ada perancangan. Perancangan ialah urusan untuk mencantumkan apa yang sedia ada dengan apa yang boleh berlaku pada masa akan datang dengan menggunakan pelbagai sumber.

Acknowledge

Begin With the End in Mind- Mengikut SRC, perlu ada perancangan.

Dalam Acknowledge, Sedari sumber dan merancang dengan baik ke hadapan.

First Things First Mengikut SRC, sesuatu perlu diurus dengan merancang dengan baik.

Dalam Acknowledge, perlbagai perkara perlu diambil kira dalam kehidupan. Dalam merancang, utamakan apa yang utama. Pengurusan masa amat penting dalam menentukan sesuatu perkara. Ini ada kaitan dengan teknik PPPRA.

Serve

Think Win/Win- Mengikut SRC, manfaat perlu hadir untuk dua-dua pihak.

Dalam Serve, budaya  berkhidmat atau membantu perlu ada. Bukan  untuk dihambakan oleh manusia dan bukan untuk menghambakan orang lain. Kita adalah hamba kepada Pencipta – lantas perlu membantu sesama manusia untuk beribadat kepada Pencipta.

Inquire

Seek to Understand to Be Understood – Menurut SRC, usaha untuk memahami orang lain perlu dilaksanakan dahulu.

Dalam Inquire atau Acknowledge, menyoal dan memerhati amat penting untuk memahami orang lain, samada dalam bentuk lisan atau kajian.

Synergize – Menurut SRC, kita perlu bekerjasama.

Dalam Inquire dan Serve, apabila kita bertanya dengan teknik yang betul (toleransi), maka ini adalah sebahagian usaha untuk bersatu – mencari titik kesamaan atau pertemuan. Tanpa bertanya, titik tersebut mungkin tidak ditemui menyebabkan kita tidak ‘bersabar’ untuk ‘menunggu’ dan bekerjasama. Malah dengan menemui titik bersama, ia akan menguatkan lagi sistem yang dibina.

Choice

Synergize – Mengikut SRC, dengan bekerjasama, kita akan membuat pilihan yang lebih baik berbanding kerja bersendirian.

Dalam Choice, ia berkaitan dengan pilihan untuk diri dan orang lain. Jika dua-dua diberi pilihan dan memilih yang terbaik, sinergi akan berlaku dalam pelbagai tahap. Jika tidak diberi pilihan, atau pilihan ialah salah, kita tidak mampu untuk bekerjasama atau sinergi.

Sharpen the Saw – Mengikut SRC, kita perlu membaiki dan merehatkan diri.

Dalam Choice, untuk memastikan diri terus berjaya untuk membina legasi, pilihan selalu perlu diberi. Ia akan menyebabkan diri akan melihat lebih luas – berbanding apa yang sedia ada diusahakan. Pilihan pelbagai ini akan mengelakkan daripada diri bosan. Memberi pilihan terutama melibatkan aspek fizika, intelek, emosi dan spirituil ini amat penting agar diri tidak ‘tergugat’ dengan satu dimensi sahaja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Si Kecil Berjaya

Saya mungkin kecil, tapi saya mampu memimpin diri sendiri dan membantu orang lain. Saya tujukan ini kepada si kecil yang

Close