Apa itu Aset Digital ?
Saya mendengar kepada pengisian dari Tuan Fauzul Naim pada satu pagi di page beliau. Beliau bercakap tentang Aset Digital.
Saya berminat untuk mendengar dan tahu.
Selama ini saya merasakan bahawa hanya boleh jadi kaya dengan menyimpan atau mencari asset.
Namun apa yang dikongsikan oleh Tuan Fauzul ialah bahawa ada asset digital yang perlu difahami dan diusahakan oleh ramai di kalangan kita kerana ia adalah sesuatu yang boleh diusahakan menggunakan kemudahan teknologi yang sedia ada. Ramai ada laptop, telefon bimbit dan internet.
Semenjak daripada sesi pada pagi itu saya mula berfikir tentang apakah aset digital yang saya ada. Saya menyemak kepada media sosial yang saya ada seperti Facebook, Instagram, Telegram, WhatsApp, website dan banyak lagi. Rupa rupanya inilah aset yang amat berharga apabila ia dimanfaatkan dengan baik. Saya mencatat semua perkara itu dan ingin saya kongsikan dalam program Aset Digital menggunakan Telegram pada 26 Mei 2021.
Moga-moga ia menjadi ilmu bermanfaat untuk saya kongsikan dan saya sebarkan sama rakan-rakan di samping tadabbur Quran yang saya kongsikan setiap hari di My #QuranTime.
P/s Untuk maklumat, sebahagian besar artikel ini ditulis menggunakan voice to text menggunakan telefon bimbit – bukan saya menaip keseluruhannya.
P/Ps Boleh mendaftar ke program ini di sini https://akademisinergi.onpay.my/order/form/telegram