Aku Tahu …Aku Sedar
Aku tahu aku ini hamba
Lantas banyak ujian yang datang melanda
Aku tahu aku ini hamba
Aku pasrah dengan ketentuan dari-Nya
Aku tahu aku ini hamba
Fizikal, intelek dan emosi aku lemah untuk ku kawal sendiri
Aku tahu aku ini hamba
Selalu sahaja aku silap dan tergelincir
Aku tahu aku ini hamba
Aku perlukan pertolonganMu ya Allah
Aku tahu aku ini hamba
Aku sering lupa dan perlu diingatkan
Aku tahu aku ini hamba
Tetapi selalu sahaja rasa cukup dan kaya tanpa memerlukanNya
Aku tahu aku ini hamba
Seperti Nabi-Nabi dan orang soleh yang patut diuji dan dibersihkan
Aku tahu aku ini hamba
Amat hina tetapi sering bongkak dan rasa bangga
Aku tahu aku ini hamba
Perlu doa selalu memohon padaNya
Aku tahu
Aku sedar
Ya Allah, terimalah aku sebagai hamba-Mu
Pada setiap ketika dan masa
Tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah semata-mata.
