Bersyukur dalam Bisnes
Dalam satu program latihan, seorang jurulatih mengungkapkan satu kata-kata daripada tokoh kajian spiritual: ” Bahawa nanti akan ditemukan individu yang hebat akhlak dan santunnya, bukan di biara atau masjid tetapi dalam toko-toko bisnes.” Saya antara setuju atau tidak. Namun dalam bisnes, melaksanakan syukur bukan perkara yang mudah. Ia juga bukan ada satu definisi yang tetap. Cuma secara umumnya, syukur dengan apa yang ada – samada ia digunakan terus, ditambah nilai atau disusun mengikut ketetapan yang sesuai. Kalau dibuang? Ia juga sebagai satu syukur kerana kita mengenalpasti ia mungkin akan mengakibatkan rosak pada bahagian lain dalam satu-satu sistem.
Berikut ialah cabaran yang boleh berlaku dalam satu-satu entiti bisnes atau organisasi:
- Ahli tidak mampu melihat kekuatan yang ada
- Ahli tidak berkomunikasi untuk sesuatu yang tidak pasti (memerlukan kemahiran initiative, inquiry, advocacy, critique & decision making, conflict management serta resilience)
- Ahli belajar sesuatu tetapi tidak mempraktikkannya
- Ahli sudah ditawarkan khidmat coaching untuk menukarkan teori ke dalam bentuk aplikasi dan hasil, namun tidak digunakan dengan baik
- Segala proses yang perlu dilaksanakan tidak dihormati malah diisi dengan sesuatu kerja yang tidak bersangkut secara langsung dengan apa yang ingin dicapai oleh satu-satu organisasi.
- Kenalpasti passion setiap ahli
- Jika dikenalpasti, berikan tugas. Tidak semestinya tepat tetapi monitor dari semasa ke semasa
- Kalau perlu dibantu, tawarkan bantuan

 
							 
							 
							