2 Pilihan Pendekatan Membuat Keputusan
Banyak perkara kita perlu buat keputusan. Samada kecil atau besar. Ingin beli kereta, perlu pilih dan buat keputusan. Ingin memulakan sesuatu projek, perlu pilih dan buat keputusan. Bagaimana kaedah terbaik membuat keputusan?
Ada kaedah PIES, ada kaedah SEIP. Jika berinteraksi dengan diri sendiri, kita perlu ambil teknik SEIP.
Kaedah SEIP
Langkah 1: Tanya Allah, istikharah, doa (S)
Langkah 2: Tanya orang di sekeliling, mesyuarat atau sinergi (tidak semestinya berasingan dari langkah 1) (E)
Langkah 3: Buat kajian dan dapatkan pro serta kontra (I)
Langkah 4: Kaji pasal implikasi fizikal, kewangan dan tubuh badan. (P)
Langkah special: Rujuk kepada Tuhan setiap masa.
Kaedah PIES
Bagaimana pula kalau kaedah PIES? Terbalikkan langkah 4 menjadi 1
Langkah 1 : Kaji pasal implikasi fizikal, kewangan dan tubuh badan. (P)
Langkah 2: Buat kajian dan dapatkan pro serta kontra (I)
Langkah 3: Tanya orang di sekeliling, mesyuarat atau sinergi (tidak semestinya berasingan dari langkah 1) (E)
Langkah 4: Tanya Allah, istikharah, doa (S)
Langkah special: Tanya diri aku, sesuai ke tidak.
Antara dua kaedah
Antara dua kaedah di atas, bukanlah langkah 2 atau 3 yang penting diambil kira. Namun ia melihat terutamanya susunan yang paling awal dan yang paling akhir. Jika kita terlupa untuk mengutamakan spiritual dalam membuat keputusan, cepat-cepat kita kembali kepada spiritual ketika kita ingat. Ini disebabkan kesan spiritual yang amat besar dalam 2 perkara:
- Sumber
- Sumber ilmu Tuhan
- Sumber kekuatan Tuhan
- Sumber kelebihan dari Tuhan
- Kesan
- Kesan kepada agama yang meminta
- Kesan kepada kehidupan yang meminta
- Kesan kepada akhir yang meminta
Jika jelas pro & kontra kedua-dua pendekatan, manakah pilihan anda?
