Don't Say "Uh" "Haih"
Bismillahirrahmanirrahim…
Semalam di halaqah, salah seorang daripada kami membentangkan tajuk Muslim Character: An Ideal Personality.
Sangat menarik dan berkait dengan hidup seharian.
Salah satunya tentang Rasulullah dalam hadith Muslim:
Anas says: “I served the holy Prophet for ten years. He never said ‘Uf’ (expressing dissatisfaction), nor did he ever ask me why I did this or did not do that.” (Muslim)
Kita pula, rutin seharian – belajar, bekerja, mesyuarat sana sini, berapa kali kita mengeluh agaknya? Sekali? Dua kali?
Ada jawapan, simpan sendiri. =)
Mungkin kita kurang sedar akan kelebihan atau hikmah di sebalik kesusahan dalam usaha kerja dan belajar kita itu.
Ada masalah semasa menyiapkan homework? Mungkin itu satu push untuk kita lebih memahamkan subjek tersebut daripada siap tanpa faham apa-apa.
Ada masalah semasa mesyuarat? Mungkin itu satu pengalaman supaya kita tahu untuk menghadapi situasi yang sama pada masa akan datang.
Apapun, di sebalik kita berkata “uh”, “haihhh”, dan sebagainya, Allah pasti sudah punya rencana tersendiri. Tidak mungkin untuk kita berkata sedemikian jika kita tahu Allah menurunkan kesusahan itu untuk kebaikan kita.
Mari berlapang dada… =)
-peringatan untuk diri sendiri dan anda semua, inshaALlah..-

betul-betul. tiada alasan yang membolehkan kita mengeluh. Dugaan dan ujian yang datang dari Allah yang kadangkala melemah diri, sebenarnya mengajar kita untuk kembali mencari kekuatan yang datangnya dari Allah. Maka jadikanlah ujian dan dugaan itu sebagai satu momentum untuk kita bangkit dan berdiri lebih teguh dan kuat. wallahua’lam..