Umum

Muzik?

Tulisan seorang peserta: muzik ? di mana sahaja saya pergi mesti manusia ada muzik. bersama, mesti ada I-pod, laptop atau apa-apa sahaja medium yang boleh dendangkan alunan muzik. semalam, saya menolong rakan saya mengangkat barang-barang ke rumah yang baru di pindah nya. sambil menunggu tuan rumah masak malam untuk dihidangkan kepada kami,

salah seorang dari rakan saya tengah bermain nintendo (somthing, tak tau nama penuh nya), di mana game tersebut, kita kena mengikut rentak muzik bersama..misalnya setiap kali kita mendengar dia menyebut (yeah..yeah..yeah..yeah) kita kena tekan skrin 4 kali untuk ia tepuk 4 kali bersama muzik..game itu sangat rigid sebab ia sangat tepat..di mana tepukan kita mesti serentak dengan muzik nya..tidak boleh sama sekali lambat walaupun sesaat. saya dan rakan-rakan yang lain teruja melihat game yang dimain oleh rakan saya itu. sejenak saya terfikir, dunia zaman sekarang penuh dengan muzik. apa- apa sahaja mesti kena ada muzik. manusia seolah-olah tidak boleh hidup jika tidak ada muzik bersama. lagi jelas terbukti adalah apabila, kami semua sama-sama ingin makan malam, salah seorang dari rakan kami berkata ” eh,eh tak best lar makan takde lagu, nak pasang lagu “.

selepas itu, rakan saya itu mencari laptop agar kami semua dapat mendengar lagu sambil makan malam. sekali lagi saya terfikir, manusia sekarang seolah-olah tidak dapat hidup jika tidak ada muzik. saya tidak boleh salahkan mereka atau pun sesiapa sahaja. dunia ini yang dijadikan sebegitu rupa. manusia dibesarkan dengan muzik. samalah seperti orang kata susah nak boikot kfc sebab kita semua dibesarkan dengannya semenjak kita kecil lagi. kadang-kadang saya rasa rimas apabila hidup saya penuh dengan muzik. saya berjaya mendengar zikir, bacaan Al-Quran,nasyeed atau mana-mana ceramah tetapi, itu semua bertahan pada waktu tertentu sahaja. apabila saya hilang saya punya grip, saya mula kembali mendengar lagu-lagu. manusia begitu leka mendengar muzik di mana mereka lupa bahawa ada lagi muzik yang agung iaitu muzik alam, di mana semua kehidupan berzikir menyebut nama Allah pada setiap masa. tapi, yang sedih nya manusia tidak mendengar semua itu, sebab kehidupan kita penuh dengan muzik yang membutakan mata dan hati kita. ini merupakan satu cabaran untuk saya perbaiki diri saya, insyaAllah.

Komen Instruktor: Muzik ialah antara cabaran kepada hati kerana untuk menghargai al-Quran ketika dibaca, muzik perlu dikurangkan. Pemalar hati kita berubah apabila kita selalu mendengar lagu terutama dengan muzik yang banyak.

5 thoughts on “Muzik?

  • Assalamualaikum,

    satu masa dulu sy pun rasa impossible utk hidup tanpa muzik. Tp, alhamdulillaah sebenarnya ia possible. Kena pasangkan azam, banyak meminta pertolongan daripada Allaah,berusaha sedikit demi sedikit dgn konsisten, dan inshaAllaah hasilnya akan tiba. Skrg, hidup sy rasa miserable klu ada music.

    Reply
  • salam sis ummhajar,
    boleh ke share tips on how to gradually start a live independent of music?

    jzkk.

    Reply
  • mengimbau kisah lama, =) alhamdulillah, ingat lagi masa tu ummhajar pernah cakap mmg rasa impossible kalau nak hidup tanpa muzik, jazakallah sebab brought up the matter to me. Alhamdulillah, dengan pertolongan Allah kalau ada azam yg kuat, pasti Dia beri jalan =).

    Tapi skrg ni kita hidup dalam dunia yg penuh dgn ujian, ke mana sahaja pergi mesti ada muzik sampai masuk tandas pun ada lagu walaupun tak mahu dengar… perlu ada kekuatan dan daya melawan. Semoga Allah sentiasa beri kekuatan dan sabar.

    Reply
  • Pingback: al-Muntalaq » Blog Archive » Music for Life?

  • Bagaimana dengan nasyid atau lagu yg membawa kpd Tuhan? Curious..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Bumi ini kecil

Tulisan seorang peserta: Saya merasakan bumi ini sangat kecil. Perjalanan saya ke Niagara Fall, NY, US hujung minggu ini, membolehkan

Close