02 TOTIPengurusan Konflik berteraskan WahyuPOTENSI

Membina Cara Pandang

Saya menyemak beberapa perkara penting sejak kebelakangan ini tentang cara manusia membuat keputusan. Menurut Wired  For Thought oleh Stibel,  otak kita akan mencari jalan ‘mudah’ dalam serba kepayahan yang ada. Dengan otak dan hati yang ada, kita perlu mampu membuat keputusan dengan baik. Apakah alat untuk memastikan hal ini berjalan lancar?

Saya menyemak apa yang dinyatakan oleh Ustaz Hasrizal – mengambil dari Syed Quthb tentang erti kepercayaan, cara pandang, nilai dan tabiat. 4 istilah ini amat menarik dan merupakan paten yang perlu diberi perhatian.

Beberapa perkara tentang kepercayaan 

Kepercayaan adalah bahagian iceberg yang paling dalam. Ia menjadi asas seseorang, namun ia nampak seperti kurang bermanfaat. Benarkah ? Atau ia kurang digunakan?

Pandangan hidup itu wujud selepas ada kepercayaan tertentu. Hasil dari pandangan hidup, akan terbentuk nilai yang pelbagai. Nilai ini akan menentukan tabiat atau amalan dalam kehidupan harian. Bahasa manusia memberi kesan kepada pandangan hidup dan Weltanschauung.

Sejauh mana ia terkait ? Mana yang paling kuat ?

Kepercayaan atau belief system amat penting. Namun ia kurang mampu diakses.

Dari cara pandang, ia akan diterjemahkan ke dalam bentuk nilai.

Nilai ini akan melonjakkan amalan-amalan yang baik.

Nilai ini berbeza antara satu sama lain walaupun kepercayaan sama.

Sama kepercayaan, cara pandang lain

Ahmad seorang Muslin. Ali seorang Muslim.

Namun cara pandang dunia bergantung kepada kedua-dua orang ini. Ia pasti berbeza.

Jika sunnatullah dan syariatullah perlu menjadi asas untuk cara pandang, ia mungkin difahami berbeza pada peringkat lebih mendalam. MasterPIES yang saya kaji memberi fokus dalam tentang sunnatullah dan syariatullah. Sunnatullah meliputi aspek fizikal, intelek dan emosi manakala syariatullah meliputi segala aspek spiritual secara internal dan eksternal.

Cara pandang akan mempengaruhi nilai. Cara pandang melibatkan elemen idea, sikap dan teori. Ia perlu diadun baik-baik agar menjadi cara pandang yang boleh diyakini.

Cara pandang sama, nilai berbeza

Pada satu-satu masa, cara pandang mungkin sama.

Katakan saya memahami pentingnya mengutamakan emosi berbanding intelek dalam mendekati seseorang. Namun nilai mungkin tidak sama. Saya utamakan ibu saya. Kawan saya mungkin utamakan kawannya. Nilai yang berbeza ini akan menyebabkan ketika kami berbicara, saya mungkin akan terus terdiam dan menghormati ibu saya. Kalau kawan saya juga berkongsi nilai yang sama, beliau boleh terima. Namun kalau ketika meeting pejabat, saya utamakan ibu saya berbanding bos yang ingin difokuskan mesyuarat, pasti ia akan mewujudkan perbezaan nilai.

Konflik.

Konflik di peringkat tabiat

Apabila konflik ini berlaku, ia akan terjelma dalam tabiat.

Tabiat akan mewujudkan sesuatu respon yang menunjukkan konflik.

Kalau ini berlaku, konflik ini perlu ditangani dengan kembali melihat nilai, cara pandang dan sistem kepercayaan. Nilai boleh dibincangkan secara langsung dengan emosi yang ada, namun cara pandang dan sistem kepercayaan perlu hujah intelek yang memerlukan emosi utuh untuk bertahan dan memahaminya.

One thought on “Membina Cara Pandang

  • amiraajeerah

    “Hasil dari pandangan hidup akan melahirkan nilai yang pelbagai”.

    Mungkin saya boleh kaitkan poin ini dengan konteks P(physical) melalui cabang ilmu ekonomi. Dalam ekonomi, cara pandang adalah asas yang amat penting bagi membezakan keputusan yang akan dibuat oleh pengguna dan pengeluar. Bahkan andaian utama yang digunakan dalam teori kelakuan pengguna dan pengeluar Islam ialah pengguna & pengeluar mempunyai kefahaman Islam dan berusaha bertindak selaras dengan kehendak syariat. Di sini mungkin Kepercayaan (S) membetuk Pandangan hidup (I) dan melahirkan tindakan (P).

    Sekadar perkongsian. Terima kasih. 🙂

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Agar orang tidak marah pada kita

Ahmad turun dari tingkat 2. Habis menyiapkan kerja. Sesampainya ke bawah, si isteri menyapa, "Boleh abang buang sampah? Boleh masukkan

Close