Koleksi ST-GalleryPOTENSI

Lima sebelum lima

Kekeliruan demi kekeliruan di dalam kehidupan, yang membawa manusia itu jauh di persimpangan sebenar lalu meletakkan tujuan serta matlamat menjadi tersasar. Perkara sebeginilah yang boleh mengakibatkan sebahagian dari agenda utama kehidupan di dunia ini, semakin dilupakan, kerana sibuk dengan kerja-kerja seharian, walhal makhluk yang bernama manusia ini mempunyai tugas dan tanggungjawab yang cukup besar di dalam menghadapi hari pengadilan. Manusia juga semakin jauh dari landasan sebenar yang seharusnya manusia itu senantiasa berada di dalam landasan bagi menuju destinasi yang menunggu kita nanti.

 

Perkara pokok adalah berbalik kepada persoalan manusia itu sendiri. Adakah kehidupan di dunia ini menjadi satu tempat yang seharusnya kita beristerirehat dan tidak melakukan sebarang persediaan awal di dalam kita menuju hari terkemudian? Dunia ini seharusnya dimanfaatkan sebaik mungkin bagi kita yang benar-benar insaf akan hari kedatangan dan bukan dimanfaatkan sebaik mungkin sehinggakan kita lalai dan lupa kepada hari kematian! Dunia merupakan penjara bagi orang-orang beriman dan dalam masa yang sama dunia ini juga merupakan syurga bagi orang-orang yang terpedaya.

 

Perumpamaan Manusia Yang Tidak Mengambil Peluang

 

Terdapat perumpamaan yang telah diceritakan di dalam ayat Al-Quran iaitu perumpamaan berkenaan dengan manusia yang tidak mengambil peluang dengan sebaiknya setelah peluang itu diberikan dahulu. Menurut tafsir tematik, Muhammad Ali Ash Shabuny menyimpulkan bahawa terdapat sauatu golongan manusia yang telah mensia-siakan kebaikan setelah datangnya syaitan lalu membuat kemungkaran dan kezaliman ke atas dirinya sendiri.

 

Surah in imenggambarkan bahawa amalan sebegini merupakan amalan yang sia-sia dan tidak memanfaatkan sebaik mungkin terhadap apa yang dikurniakan kepadanya. Al_Quran menggambarkan kebaikan-kebaikan manusia sebegini seperti sebuah kebun yang subur, di dalamnya terdapat pepohon yang segar dan lebat hasil buahnya yang pelbagai, terdapat juga anak-anak sungai yang mengalir di bawahnya dan dapat menenangkan hati manusia bagi yang melihat akan keadaannya.

 

Keadaan bertambah malang apabila usia pemilik kebun tersebut telah lanjut usianya dan tidak lagi berdaya untuk mengusahakan kebun yang dimilikinya. Usianya yang begitu terbatas menyebabkan dia hanya dapat melihat dan tidak dapat melakukan apa-apa. Pemilik kebun ini juga seolah-olah ditimpa tangga pula dengan mempunyai ramai anak-anak, tetapi anak-anaknya masih kecil dan tidak pandai untuk mengusahakan kebunnya. Keadaan berlarutan sehinggakan di dalam ayat Al-Quran menceritakan bahawa, datanglah suatu keadaan di mana angin kencang keras datang menghembus keseluruh kebun sehingga menyebabkan kemusnahan dan kerosakan yang amat dahsyat sekali dengan di datangi pula api yang membakar keseluruhan pokok-pokok yang ada di dalam kebun tersebut. Setelah hal ini berlaku barulah timbul di dalam hati pemilik kebun itu untuk membuat kebajikan dan amal.

 

Surah Al-Baqarah 266;

 

“Adakah seseorang di antara kamu suka mempunyai sebuah kebun dari pokok tamar dan anggur, yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, ia juga mempunyai kebun itu segala jenis buah-buahan, sedang ia tua dan mempunyai banyak cucu yang masih kecil, lalu kebun itu diserang oleh angin taufan yang membawa api sehingga terbakar ia? Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu keterangan-keterangan supaya kamu berfikir (dan mengambil iktibar)”

 

dan menurut Al-Bukhary bahawa, pada suatu hari beberapa orang sahabat Muhammad telah didatangi oleh Umar bin Al Khattab lalu bertanya kepada sekumpulan sahabat ini.

 

            “Menurut pandang kalian, tentang siapakah ayat ini diturunkan?”

 

Mereka menjawab, “Allah-lah yang lebih mengetahui”

 

Jawapan yang diberikan menyebabkan Umar berasa tidak selesa dan terus bertanyakan lagi soalan,       “ Katakanlah, kami mengetahui, atau kami tidak mengetahui.”

 

Ibnu Abbas berkata, “Di dalam diriku ada sedikit pemahaman tentang ayat ini wahai Amirul Mukminin.”

 

Umar berkata, “Wahai anak saudaraku, katakanlah dan janganlah kau merendahkan dirimu.”

 

            Ibnu Abbas berkata, “Ayat ini dibuat sebagai perumpamaan untuk suatu amal.”

 

            “Amal yang bagaimana?” Tanya Umar.

 

            “Tentang seorang yang hidup dalam kemewahan dan melakukan suatu ketaatan. Kemudian Allah mengutuskan syaitan kepadanya. Maka orang itu melakukan kedurhakaan sehingga menenggelamkan amal-amalnya.”

 

Dan Hasan Al-Bashry berkata, “Demi Tuhan, ini merupakan pemahaman yang jarang di fahami orang. Ada seseorang yang sudah lanjut usianya dan lemah tubuh badanya dan sangat mengharapkan hasil kebunnya dan akhirnya musnah. Sesungguhnya seseorang di antara kalian sangat mengaharapkan amalnya jika dia sudah meninggal dunia.                                                                                                                                                                                                                                                                                                     

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Dulu, Sekarang dan Masa Depan

Penekanan terhadap masa merupakan satu perkara utama di dalam kehidupan seseorang muslim. Ianya  perlu dititik beratkan kerana Tuhan telah bersumpah...

Close