Ganjaran dunia & ganjaran akhirat
Apabila melihat kehidupan, ada ganjaran dunia dan ada ganjaran akhirat. Dua-dua perlu dilihat dengan saksama kerana ia dua-duanya menjadi isi kepada doa ‘rabbana aatina fid-dunya hasanah wa fil akhirati hasanah’
Mengapa boleh jadi nampak kurang jelas kepada syurga? Kerana ia jauh. Namun syurga itu sudah boleh dirasai di hadapan ini. Ia perlu disusun dan digarap dengan mata spiritual yang benar. Apabila berada dalam biah atau suasana yang betul, ia akan melonjakkan rasa ingin ke syurga.
Membina Biah
Caranya ialah dengan bergaul dengan orang soleh.