Kenal Potensi :: Bentuk Tabiat :: Bina Legasi
Pada malamnya, setelah selesai solat isyak, Nas dan Din pergi berjumpa Abang Fandi untuk berbincang tentang projek jualan mereka.
Din memulakan perbincangan. “Abang Fandi, kami ada hal sikit nak minta tolong ni. Saya dan Nas dah berbincang. Jual air kacang soya.” Din terdiam seketika. Menggaru-garu kepalanya memikirkan bagaimana hendak meneruskan perbincangan.
Read MoreAnda berminat untuk mendapat naskah preview untuk Pendakwah Air Kacang Soya? Sila email kepada fazrul@total-success.net.
Insha-Allah dalam masa yang agak singkat dan kesibukan harian ini, saya akan menulis sedikit demi sedikit tajuk yang diberikan dalam bentuk bersiri. Saya cuba untuk menggunakan konsep ini agar saya terus menulis dan dalam masa yang sama, ramai pembaca yang boleh memberi idea dan input untuk memajukan tulisan cereka bermesej ini. Penulisan ini diadaptasi dan diubahsuai daripada pengalaman mengendalikan Madrasat-ul-Hayaah Challange terutama bersama Nas dan Din di Segamat Johor. Semoga Allah mengampunkan kesilapan dalam penulisan ini dan harapannya agar ia bermanfaat.
Read More"Boleh ke kita dapat RM 50 sehari nie ?" kata Nas apabila memerhati kepada catatan yang dibuat oleh Din. Nampaknya senarai keperluan dan modal semakin bertambah.
Din diam. Setelah beberapa ketika, beliau meletakkan pen dan menghela nafas panjang.
"Kita perlu modal yang agak besar. Paling kurang, kita perlu ada blender untuk memproses kacang soya. Paling kurang harganya seratus lebih. Kita perlu dapur gas dan periuk besar untuk memanaskan air soya yang sudah diperah. Peti sejuk…"
Read MoreNas dan Din berbincang-bincang apakah strategi untuk memastikan apa yang mereka perlu laksanakan …Mereka mencatat apakah yang perlu mereka capai. Kata Nas, "Kalau boleh, kita dapat beat gaji kalau kerja di kilang atau kedai biasa. Biasanya, sebulan dapat RM 600. So maksudnya, kita perlu dapat RM 1200 untung bersih setiap bulan." Din mengangguk.
Read More